KELEMAHAN paling ketara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bila berdepan dengan isu-isu panas berkaitan dengan dirinya ialah sikap beliau yang lambat memberi respons dan tindak balas. Beliau lebih banyak berdiam diri atau bersikap pekak badak.
Isu pendedahan The Wall Street Journal berkenaan transaksi wang berbillion ringgit ke dalam akaun peribadinya adalah sesuatu yang serius dan berat. Walaupun laporan WSJ itu tanpa bukti kukuh namun ia memberi kesan amat besar kepada PM Najib dan imej negara.
Sekiranya ia satu pembohongan, Najib mesti mengambil tindakan memperbetulkan persepsi negatif itu secepat mungkin. Jika dia terus berdiam diri ini akan menguatkan lagi tohmahan bahawa ada sesuatu yang dia ingin sembunyikan. Dan ini bertentangan dengan tema dialog "Nothing To Hide" yang dia gagal untuk hadir dengan berbagai alasan tempoh hari.
Setiap kali timbul tuduhan dan tohmahan terhadap Najib setiap kali juga yang memberi respons adalah daripada budak-budak di Pejabat Perdana Menteri - itu pun melalui Facebook !! Ditambah dengan jawaban membela Najib dari dua menteri yang setia seperti Abdul Rahman Dahlan dan Hassan Malek (Menteri Ayam).
Kalau pun ada reaksi balas dan jawaban daripada Najib ianya hanya berlaku selepas beberapa hari atau selepas 24 jam berlalu. Kenapa dia perlu mengambil masa panjang untuk memberi reaksi dalam sesuatu isu yang boleh menjejaskan kredibiliti, imejnya dan negara ?
Sikapnya inilah yang mendorong orang ramai hilang keyakinan terhadap kemampuannya untuk terus menjadi Perdana Menteri.
Najib perlu mengambil iktibar dan contoh daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa cepat dalam memberi reaksi dan jawaban balas dalam apa sahaja isu membabitkan diri beliau. Tun akan menjelaskan sesuatu isu itu dalam blognya atau dia akan mengadakan sidang akhbar.
Tetapi ini tidak berlaku pada Najib sebagai Perdana Menteri. Sepatutnya dalam isu pendedahan WSJ itu Najib perlu mengadakan sidang akhbar bagi menjawab segala tuduhan tersebut dengan kadar segera. Bukannya membiarkan budak-budak di PMO menjawab bagi pihak dirinya. Dan bukan juga mengharapkan menteri seperti Abdul Rahman Dahlan dan Hassan Malek bagi membersihkan dirinya.

PM Najib Razak |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan