Sabtu, 4 Julai 2015

PM Najib mesti pecat semua penasihatnya

PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Razak menyalahkan Dr Mahathir dan media asing berkomplot mahu menjatuhkan kedudukannya sebagai PM dan merosakkan negara ekoran pendedahan The Wall Street Journal yang melaporkan berbillion ringgit telah dimasukkan ke akaun persendirian Najib.

Kenyataan Najib itu boleh jadi benar dan boleh jadi tidak. Kerana Najib sendiri tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh bagi mempertahankan kenyataannya.


Apa pun berita WSJ itu telah memusnahkan imej Najib, Umno dan negara seluruhnya. Kecuali Najib dapat mematahkan dan memadamkan segala laporan WSJ itu dengan bukti keterangan yang kukuh bagi memulihkan keyakinan orang ramai terhadapnya.

Masalahnya sekarang apa sahaja kenyataannya orang ramai sudah tidak dapat mempercayainya. Dan ini adalah satu masalah yang kronik. Kerana sebelum ini pun beberapa kenyataannya berkenaan dengan 1MDB tidak konsisten. Seperti dakwaan sebelum ini duit 1MDB ada disimpan di bank Singapura. Tetapi kemudian di Parlimen dia mengatakan tidak ada duit hanya ada unit. Apa itu unit ?

Begitu juga pada Mac lalu, Najib berjanji laporan siasatan Ketua Audit Negara berkenaan dengan akaun 1MDB akan dibentangkan pada akhir bulan Jun. Namun kini sudah masuk Julai, tidak ada apa-apa laporan pun dikemukakan. Malah kedengaran ia hanya akan dibentangkan pada penghujung tahun ini. Hujung tahun ini ? Kenapa janji di capati ?

Hello Prime Minister, do you have something to hide ??

Kepada PM Najib ingin saya nasihatkan agar memecat semua sekali para penasihatnya dan juga seorang penasihat British ( itu pun kalau adalah) dari berada di Putrajaya. Kehadiran mereka terbukti hanya membazir wang rakyat dan para pembayar cukai.

Lebih menyedihkan lagi mereka tidak kompeten dalam tugas mereka dan telah turut membantu memusnahkan imej dan peribadi Perdana Menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan