Rabu, 28 Januari 2015

Datuk Mustafa Ali cabar Guan Eng berdebat

TIDAK ada berita paling seronok hari ini melainkan cabaran Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, mempersila Seiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar bersemuka dan berdebat dengannya berkaitan isu hudud dan pilihan raya PBT yang panas antara dua parti itu.

Cabaran Mustafa itu serius kerana Guan Eng menuduh Pas, terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beliau tidak bercakap jujur dalam isu pilihan raya PBT.

Apa Lim Guan Eng ada berani menyahut cabaran Mustafa itu ?
Mustafa dan Guan Eng

Sebelum ini Guan Eng sudah pun berdebat secara terbuka sebanyak dua kali dengan bekas Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam debat tersebut mereka berdua menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris.

Dalam debat tersebut secara umum Guan Eng dianggap sebagai pemenang kerana kepetahan serta hujah-hujahnya yang menarik mengatasi Soi Lek.

Apakah Guan Eng berani berdepan dengan Mustafa ? Atau dia akan cari alasan auta dan kelentong itu dan ini bagi mengelak dari berdebat ?

Mustafa bukan sebarang ahli politik. Dia berpolitik sejak zaman Tun Razak dan Datuk Asri Muda lagi.. Dia pernah berada dalam kabinet campuran Tun Razak. Masa dia berpolitik, Guan Eng masih berada dibangku sekolah lagi.

Ayahanda Guan Eng, Lim Kit Siang tahu dan kenal sangat kualiti yang ada pada Mustafa Ali itu. Ada berani ?

Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan-biarkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan