MAHKAMAH Persekutuan akan membuat keputusan kes rayuan liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini. Keputusan ini penting kerana ia akan menentukan masa depan dan arah tuju Anwar dalam kancah politik.
Anwar telah pun memberi reaksi pantas dengan menaruh keyakinan dia akan dibebaskan dan didapati tidak bersalah. Ini adalah salah satu taktik Anwar - preemtif dalam isu-isu berkaitan kepentingan dirinya.
Semasa PRU13 dahulu selepas sahaja waktu pengundian ditutup sebelah petang iaitu selang satu jam dia terus mengistiharkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah menang dan akan menguasai Putrajaya. Dia mengambil langah preemtif sebagai satu cara mempengaruhi para penyokongnya dan seluruh pengundi dalam negara.
Tetapi akhirnya langkah preemtifnya itu masuk angin keluar asap. Kali ini dalam kesnya dia preemtif lagi bagi memberi keyakinan pada para penyokongnya bahawa dia tidak bersalah.
Apakah dia dah tahu keputusan 10 Februari nanti ? Barangkali, ahli Nujum Pak Belalang pun tidak dapat meramalkan dengan tepat apa yang berada dalam fikiran lima orang para hakim yang arif lagi bijaksana.
Cuma tentu ada dua senario yang bakal terjadi pada 10 Februari nanti. Pertama; jika Anwar dibebaskan dan tidak bersalah - para penyokongnya akan berarak tepi jalan dan dipenuhi dengan pidato sebagai satu kemenangan dan pembebasan. Dan juga ia memberi petunjuk bahawa mahkamah di negara ini benar-benar bebas dan adil serta tidak dipengaruhi sebarang pengaruh politik ?
Kedua; jika Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara, maka kita boleh lihat para pemimpin PKR seperti Azmin Ali, Tian Chua, Cikgu Bard dan rakan-rakannya yang lain akan berguling-guling dan tidur di atas jalan raya sebagai tanda protes yang mahkamah tidak adil dan dipengaruhi orang politik.
Adoi la... bila keputusan mahkamah menyebelahi mereka - mereka akan kata ia satu kebenaran dan kemenangan. Bila mahkamah membuat keputusan sebaliknya - mereka akan kata mahkamah negara ini seperti mahkamah kangaroo ! Pulak dah !
Namun dalam isu berkaitan komen daripada Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali adalah paling best ! Dia kata kalau Anwar masuk penjara, Pakatan Rakyat akan kembali kuat. Fuyooo !
Saya tabik Cikgu Pa !!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan