Jumaat, 8 Mac 2013

Najib tak perlu layan Anwar

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan sebuah stesen radio Filipina mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertemu dengannya bagi berbincang dan bekerjasama dalam isu di Lahad Datu, Sabah.

Sehingga ini tiada sebarang respon dari Najib. Sebelum ini pun sudah ada cadangan dari pembangkang agar kerajaan memanggil sidang khas di Parlimen, mengadakan perbincangan meja bulat dan sebagainya bagi mendapat gambaran jelas pencerobohan pengikut kesultanan Sulu yang telah mengancam keselamatan negara itu.

Usaha yang cuba dibuat Anwar dan pemimpin pembangkang lainnya tidak mendapat sambutan dari para pemimpin dan penyokong kerajaan. Ini semua boleh difahami kerana niat dan sikap pembangkang amatlah diragui. Apakah ada keikhlasan dan ketelusan mereka dalam membincang mengenai keselamatan negara ?

Apa yang dapat dilihat sepanjang isu pencerobohan ini pihak pembangkang telah memperlekeh dan memperkecilkan keupayaan kerajaan dan pasukan keselamatan dalam menanganinya. Lebih malang lagi para blogger pro pembangkang hanya mencari sudut negatif dan memberi laporan serta gambaran mempersendakan pasukan keselamatan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, mempersoalkan mengapa kerajaan masih menggunakan polis dan bukan Tentera dalam menghadapi pengganas Sulu tersebut. Dan banyak lagi pandangan yang boleh diibaratkan seperti lebih sudu dari senduk. Ada juga berpendapat kerajaan lambat bertindak dan sebagainya.

Dalam soal keselamatan dan kedaulatan negara ianya bukan boleh dibincang dan dibahas secara terbuka. Apa lagi pihak pembangkang yang hanya melihat dari sudut politik semata-mata. Mereka hanya mahu mencari keuntungan politik lebih-lebih lagi menjelang PRU 13.

PM Najib telah pun memberi mandat penuh pada Ketua Polis Negara dan Panglima ATM untuk membuat segala keputusan bagi menamatkan isu pencerobohan ini.

Kita sebagai rakyat dan ahli politik seharusnya memberi kepercayaan penuh kemampuan pasukan keselamatan kita menamatkan krisis ini seberapa segera. Tidak perlu pertikai berapa lama ia perlu ditamatkan. Sebulan atau dua bulan; semuanya bergantung strategi dan tektik pasukan keselamatan. Apa yang utama ialah kita dapat menyelesaikannya dengan tuntas.

Najib dan kerajaan tidak perlu melayan permintaan pembangkang yang mahukan itu dan ini. Ianya membuang masa dan tidak memberi sebarang faedah. Biarkan saja mereka mengadakan mesyuarat meja bulat atau meja empat segi sesama mereka.

Yang penting kerajaan bertindak dan membuat keputusan di atas kepentingan rakyat dan negara bukannya mengikut rentak kurang cerdik pembangkang !




Tiada ulasan:

Catat Ulasan