PEMIMPIN pembangkang, terutama dari parti Pas menganggap pencerobohan pihak asing di Lahad Datu, Sabah adalah sesuatu yang memalukan. Ia melambangkan kelemahan pimpinan negara dan memberi tamsilan sekiranya ia berlaku negara lain di dunia, pemimpin tersebut akan bertindak meletakkan jawatan.
Dalam kes di Lahad Datu itu bagi Pas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlulah meletakkan jawatannya sebagai PM. Begitulah mudahnya cara penyelesaian puak Pas di atas sesuatu perkara yang berlaku terhadap kerajaan.
Mereka perlu bercerminkan diri sendiri dahulu sebelum menyuruh orang buat begitu dan begini. Janganlah bercakap tak serupa bikin. Jangan hanya tahu nampak dan menilai kelemahan orang lain. Bila terkena diri sendiri buat tidak tahu sahaja.
Sebelum meminta orang lain letak jawatan, renungkan dahulu apa yang terjadi pada pemimpin yang dianggap sebagai 'anugerah Tuhan' yang menjadi pujaan mereka dan calon Perdana Menteri. Sudah jenuh dengan berbagai kes liwat dan moral, namun pemimpin tersebut buat muka sardin saja !
Lebih teruk lagi cukup dengan bukti video gambar pemimpin tersebut. Dan klip video itu disahkan pula sebagai tulen oleh pakar-pakar dari Amerika dan Korea. Tetapi itu semua tidak memberi sebarang kesan akibat dari terlalu taksub atau mahu menjaga kepentingan tertentu.
Sekiranya kes ini berlaku terhadap mana-mana pemimpin bermaruah di dunia seperti yang disebut pemimpin Pas itu; langkah terbaiknya ialah meletakkan jawatan dan mengundurkan diri - walaupun ia belum terbukti di mahkamah. Tindakan itu sebagai langkah bermaruah.
Justeru itu sebelum mana-mana pemimpin Pas menggesa PM letak jawatan di atas isu Lahad Datu itu ia perlulah terlebih dahulu menyuruh pemimpin 'anugerah Tuhan' mereka meletakkan jawatan sebagai pemimpin.
Ianya lebih munasabah dan praktikal kerana ia melibatkan isu moral secara langsung peribadi pemimpin tersebut. Lainlah kalau masih ada mereka yang anggap video itu besi dan tidak boleh dijadikan sebarang bukti !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan