Isnin, 25 Jun 2012

Ummi Hafilda Ali

Terus menghantui Anwar
HINGGA kini Ummi Hafilda Ali terus bersikap berani dan konsisten mendedahkan segala hipokrasi Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang digambarkan sebagai alim dan warak.

Dalam setiap ceramahnya Ummi terus membongkar siapa sebenarnya Anwar. Beliau boleh dianggap sebagai orang dalaman yang banyak mengetahui hal-hal sulit yang tidak diketahui ramai.

Ummi jugalah orang yang bertanggungjawab menghantar surat kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang salah laku Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga Anwar dipecat dari parti dan kerajaan.

Dari dahulu hingga sekarang Anwar tidak pernah berani bersemuka dengan Ummi, malah tidak pun mencabar segala cabaran dan tuduhan Ummi terhadap dirinya. Siapakah diantara mereka yang berdusta ?

Semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau telah mengarahkan pihak polis mengugut Ummi supaya menarik balik segala tuduhan dan isi kandungan surat yang dihantar kepada Dr. Mahathir. Justeru tindakannya itulah beliau meringkuk di penjara Sungai Buloh selama enam tahun di atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

Kini Ummi menyerangnya kembali di pentas-pentas ceramah mendedah dan membongkar segala rahsia untuk pengetahuan rakyat agar tidak salah pilih orang yang bakal memimpin negara ini.

Namun sekiranya ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri, maka Ummi Hafildalah orang pertama yang akan dihantarnya ke Sungai Buloh !

Kalau semasa menjadi TPM, Anwar boleh menggunakan polis mengugut dan menahan Ummi, apatah lagi beliau telah jadi Perdana Menteri. Dia akan lakukan kerana Ummi ibarat " duri dalam daging" dalam mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Bagi diri Ummi, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, beliau bolehlah menempah segera pesawat ke luar negara ! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan