Ahad, 10 Jun 2012

Calon MB Kelantan

Datuk Seri Mustapa lebih layak
DATUK NIK Aziz Nik Mat telah menjadi Menteri Besar Kelantan sudah lebih dua dekad. Dalam usianya 80an beliau sering uzur dan kekadang sebagai orang tua dia agak emosi.

Dalam menjalankan tugasnya mentadbir beliau banyak dibantu oleh orang disekelilingnya. Beliau boleh dianggap hanya sebagai simbol dan lambang kekuatan parti di negeri itu.

Hakikatnya beliau bukanlah seorang pentadbir yang cekap dan seorang yang tahu dengan mendalam masalah kewangan dan ekonomi.

Bidang dan kepakaran beliau adalah mengajar dan menyampaikan tazkirah sesuai dengan ilmunya, tetapi bukannya mengurus atau mentadbir sebuah organisasi apatah lagi sebuah kerajaan negeri. Orang menghormati ilmu dan kewarakannya. Tetapi dalam urusan pentadbiran ia adalah lain dan berbeza sama sekali.

Tugas dan kerja Datuk Nik Aziz kini hanya layak dipegang oleh orang seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa. Rakyat Kelantan semua tahu kualiti yang ada pada Tok Pa. Dari segi kebolehan tidak siapa boleh pertikaikan kemampuannya dalam bidang pengurusan ekonomi dan pentadbiran. Memang itu bidangnya sejak menjadi ahli politik.

Dan semua tahu Tok Pa punya rekod bersih dan jauh sekali dari mempunyai apa-apa skandal. Akhlak dia pun bagus. Sudah pasti dialah orang paling layak mentadbir dan membangunkan negeri Kelantan.

Datuk Nik Aziz seharusnya menumpukan lebih pada soal kesihatannya dan sambil terus mengajar agama sebagaimana biasa dan ini tentu tidak akan dihalang oleh sesiapa. Serahlah tugas ini kepada yang lebih layak dan sesuai.

Kalau Tok Pa menjadi MB sudah tentu masalah kos lebuhraya KB-Kuala Krai yang memerlukan 1.8 billion itu dapat diselesaikan dengan mudah. Dia tahulah caranya bagaimana untuk mencari dana tersebut. Tidak perlulah sampai rakyat Kelantan kena menderma kerana hanya untuk dapat pahala bagi sebuah lebuhraya !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan