Ahad, 1 Disember 2013
Sabtu, 30 November 2013
Khamis, 28 November 2013
Selasa, 5 November 2013
The Simple Truth - Abhisit Vejjajiva
ABHISIT Vejjajiva adalah bekas Perdana Menteri Thailand dari 2008-2011. Beliau adalah PM ke 27 dan paling muda (44thn) pernah memegang jawatan PM negara Gajah Putih itu. Kini Abhisit ialah Ketua Pembangkang dari parti Demokrat.
Semasa beliau menjadi PM telah berlaku satu krisis politik paling sengit dalam sejarah negara itu bila berlaku rusuhan dan demonstrasi dari kumpulan baju Merah yang menyokong kuat bekas PM yang digulingkan - Thaksin Shinawatra.
Protes dan rusuhan bermula pada 2009 di kota Bangkok dengan berlaku pertempuran dengan kumpulan satu lagi iaitu baju Kuning yang berada di belakang kerajaan ketika itu.
Dalam peristiwa tersebut banyak yang terkorban dan cedera termasuk anggota tentera yang bertugas mengawal keadaan yang telah mengakibatkan kota Bangkok lumpuh. Malah Abhisit sebagai PM telah dituduh sebagai pembunuh dan bertanggungjawab pada mereka yang terkorban.
Bagi Abhisit, tidak ada ujian paling getir dihadapinya sepanjang kariernya dalam politik bagi menangani krisis politik yang menjadi sejarah hitam negara itu.
Pada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam apa yang berlaku di sebalik tabir sepanjang krisis tersebut dan apa yang telah dilakukan Abhisit selaku PM ketika itu - boleh lah membaca buku terbaru tulisan Abhisit sendiri - The Simple Truth.
Dalam buku ini Abhisit menjelaskan secara terperinci dari awal hingga akhir apa yang sebenarnya berlaku.

Prologue
Throughout my twenty years in politics, both in the government and in the opposition, I have always been truthful to myself and to the public. I have also always taken responsibility for all my actions.
Just before taking office in December 2008, I said, “Whatever happens going forward, I have come to the final phase of my political life,” and truly meant it. One year after having stepped down as Prime Minister, my political career is now even nearer to the end. As for how long I have on this earth, no one knows.
I had the honour of serving my country as Prime Minister for over two years, during one of the worst crises in our nation’s history. Those were by far the most difficult two years out of my twenty in politics. They were years with
the greatest responsibility,
the most immense pressure,
the most extreme physical threats,
and the most damaging slander, especially concerning the political unrests.
Since then, we have heard plenty of lies—I now ask for the opportunity to tell the truth.
The plain truth;
the earnest truth; and the unwavering truth.
Abhisit Vejjajiva
September 2012Selasa, 22 Oktober 2013
Husam salah langkah
CARA Datuk Husam Musa membidas kerajaan Pas negeri dalam sidang DUN Kelantan baru-baru ini sedikit melucukan. Husam telah mengkritik secara terbuka mengenai beberapa kelemahan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Hj Ahmad Yaakob.
Inilah kali pertama ianya berlaku seolah kerajaan negeri itu dikuasai Umno. Husam mungkin bertujuan baik namun caranya tidak berapa kena. Ia telah memberi kesan negatif pada parti lebih-lebih lagi kerajaan negeri.
Sebelum ini semua menganggap Husam adalah pemimpin muda yang berpotensi dan berbakat. Malah ada dikalangan pemimpin Pas mengira dia adalah "material" jawatan Perdana Menteri. Sampai begitu sekali ?
Ada juga cadangan dia dicalonkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas malah ke peringkat Presiden. Sampai begitu sekali ? Begitulah hebatnya Husam pada pandangan para ahli Pas.
Kisah dia merajuk dan kecewa kerana tidak terpilih menjadi Timbalan Menteri Besar selepas PRU13 bukanlah satu rahsia lagi. Malah lebih mengecewakan lagi dia tidak terpilih pun menjadi anggota exco negeri. Sedangkan sebelum ini dia adalah orang paling berkuasa dan berpengaruh dalam kerajaan negeri selepas Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Kepintaran dan cerdiknya sebagai exco kanan telah menenggelamkan semua pemimpin lain termasuk TMB ketika itu - Hj Ahmad Yaakob. Sampai begitu sekali ?
Sikapnya seolah mahu menjadi hero dengan membedil kerajaan Pas negeri dalam dewan membuktikan dia tidaklah hebat seperti jangkaan banyak pihak. Dia sebagai Naib Presiden Pas tetapi perwatakan dan tindakannya itu seolah dia bertaraf Ketua Pemuda Cawangan.
Dia sebenarnya telah merendahkan kedudukannya sebagai salah seorang Naib Presiden parti. Apalah gunanya dia membising dalam dewan dan mendedahkan kelemahan partinya sendiri ? Apakah dia seorang pembangkang di DUN Kelantan ?
Sebagai Naib Presiden Pas, dia hanya perlu bersemuka dan berdepan dengan Datuk Hj Ahmad Yaakob dan Timbalannya, Nik Amar Nik Abdullah. Berunding secara keluarga dan secara tertutup. Buat apa bising di dewan ? Apa yang dia cari ? Publisiti ? Nak jadi hero ?
Dalam parti Husam lebih tinggi kedudukannya dari Hj Ahmad dan Nik Amar. Tapi dengan sikap kebudakkannya itu dia telah meletakkan dirinya lebih rendah dari dua tokoh itu.
Husam nak bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas ? Husam "material" calon Perdana Menteri ? Sampai begitu sekali ? Heh..heh.. Husam oooo..Husam..

Anwar tidak akan berjaya melalui pembangkang
![]() |
| Dari kiri Anwar, Setiausaha Agung Umno, Mustafa Jabar dan Dr Mahathir |
FOTO di atas adalah peristiwa lebih 30 tahun dahulu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja menyertai Umno telah bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda Umno dan terus berjaya menewaskan penyandang jawatan Datuk Hj. Suhaimi Kamarudin dengan kelebihan 10 undi.
Umumnya semua mengetahui bahawa Dr Mahathir Mohamad sebagai Presiden parti ketika itu telah memberi sokongan pada Anwar melalui kempen Setiausaha Politik nya, Allahyarham Megat Junid Megat Ayub.
Datuk Hj Suhaimi yang juga anak saudara kepada bekas pemimpin Umno, Allahyarham Datuk Harun Idris dikatakan tidak bertegur sapa dengan Dr Mahathir selepas kekalahannya itu.
Anwar pula sejak kemenangan itu terus bertapak kukuh dalam parti sehingga berjaya melangkah ke jawatan Naib Presiden dan seterusnya Timbalan Presiden.
Suasana politik Umno ketika itu adalah jelas dan terang bahawa Anwar lah tokoh yang akan mewarisi dan menggantikan Dr Mahathir sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.
Ini terbukti bila Dr Mahathir bercuti selama dua bulan, Anwar telah memangku jawatan Perdana Menteri. Bak kata, Anwar hanya menunggu saat dan ketika sahaja bagi mengesahkan kedudukannya sebagai pengganti kepimpinan parti dan negara.
Namun segalanya musnah sekelip mata dan hancur luluh dek surat yang mendedahkan cerita peribadinya. Sehingga ia meleret-leret dan mengheret peribadinya ke jurang yang lebih tajam !
Akhirul kalam, Anwar tiada rezeki. Itu sudah menjadi ketentuan Nya.
Tapi Anwar seolah tidak putus asa dan mahu mencapai apa yang hampir dimilikinya lebih sedekad lalu. PRU 13 telah pun berlalu. Dia gagal memenuhi impiannya. PRU 14 ? Tempoh masih panjang dan perjalanan masih jauh.
Apakah harapan dan impiannya semakin tipis ? Atau ia hanya mampu terlaksana dengan kembalinya ke pangkuan Umno semula ? Ia seperti sesuatu yang mustahil berlaku. Tapi dunia politik ia serba mungkin. Cuma yang pasti Anwar tidak akan berjaya melalui pembangkang !
Buku yang perlu dibaca
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)