Isnin, 22 Mei 2023

PRN Enam Negeri Satu Referendum Terhadap Zahid Hamidi

 Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri - Kedah, Kelantan, Trengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Negri Sembilan akan diadakan selepas bulan Jun ini. 

Ramai melihat PRN ini penting kerana ia akan memberi gambaran sokongan rakyat terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. 

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin pula begitu yakin PN akan mendapat sokongan kuat para pengundi dengan mengekalkan kerusi yang ada malah dapat menawan kerusi-kerusi milik Pakatan Harapan. 

Dan buat pertama kali dalam sejarah parti Umno dan DAP akan bekerjasama menghadapi PN. 

Apa pun kesan dan keputusan PRN ini, saya melihat ia tidak akan menggugat dan menjejaskan kedudukan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim. 

Malah sekiranya PN menang besar pun ia tidak akan berjaya mengambil alih kuasa di Putrajaya.

Ini kerana kerajaan Anwar Ibrahim mempunyai 148 kerusi di Parlimen. Dan ini adalah melebihi majoriti dua pertiga. Apa lagi dengan adanya Akta Anti Lompat Parti tidak mungkin berlakunya pertukaran kerajaan sehinggalah genap lima tahun - satu penggal tempoh kerajaan tamat. 

So, apa signifikannya PRN di enam buah negeri tersebut? Apa prioriti dan kepentingannya? 


Zahid Hamidi


Saya lebih fokus pada parti Umno pimpinan Zahid Hamidi. Kerana ia ada masalah dalaman dalam parti. Soal isu kepimpinan Zahid dalam Umno, isu demokrasi serta isu pemecatan beberapa pemimpin tertinggi parti yang tidak sehaluan. Dan banyak lagi isu bersabit personaliti dan liabiliti Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno. 

Setakat ini Zahid berjaya menguasai parti dengan mencantas semua pemimpin yang kritikal terhadap pimpinannya. Khairy, Hisham, Anuar Musa, Noh Omar dan lain-lain lagi adalah antara yang menjadi mangsa politik cantas. 

Yang lebih terkesan sekali adalah langkah parti tidak membenarkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan. Ertinya proses demokrasi dalam parti telah mati. 

Lebih ironinya keputusan parti itu salah dari segi undang-undang dan perlembagaan parti. Pendaftar pertubuhan atau RoS telah mengesahkan tindakan tersebut bertentangan dengan Akta Pertubuhan. Justeru itu Umno boleh diharamkan. 

Namun Umno dikecualikan dari diambil tindakan diatas budi bicara Menteri Dalam Negeri yang kebetulan seorang khadam Perdana Menteri. Maka selamat lah Umno dari dikenakan tindakan undang-undang. 

Soalnya, apakah majoriti ahli Umno bersetuju dengan Zahid Hamidi serta boleh menerima apa yang berlaku dalam parti? 

Suasananya dalam parti kini jelas berjaya dikuasai Zahid. Tidak ada lagi yang berani bersuara menentang pucuk pimpinan kerana semua saluran telah disekat. Sekiranya ada yang berani sudah pasti kepalanya akan dipancung. Begitulah keadaannnya. 

So, sementara ini semua pemimpin bahagian dan para ahli parti senyap macam tikus. Mereka tidak puas hati dengan Zahid. Ini belum dikira soal isu ahli Umno mesti undi calon DAP dalam PRN ini. Ramai yang tidak dapat menerima realiti ini - terpaksa tidur sebantal dengan DAP. 

Mereka tidak boleh buat apa-apa terhadap Zahid. Saluran dalam parti sudah tertutup dan disekat. 

Jadi mereka hanya ada satu saluran sahaja sebagai suara atau boleh disebut sebagai referendum terhadap kepimpinan Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno. 

Referendum itu adalah dalam bentuk undi menolak Umno dalam PRN nanti. 

Sekiranya ini menjadi kenyataan Umno mengalami kekalahan teruk dalam PRN di enam buah negeri tersebut maka sudah pasti ia adalah satu mesej jelas dan signal pada Zahid agar meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno. 

Ini tidak mustahil berlaku kerana ahli ahli Umno sudah tidak ada peluang dan saluran lagi bagi memberi isyarat pada Zahid Hamidi agar memberi laluan pada calon lain sebagai Presiden parti. 

Sekiranya ini berlaku apakah Zahid akan berundur ??

Mungkin tidak semudah itu keputusan Zahid. Kerana prioritinya adalah kes mahkamah yang dihadapinya. 

Jika dia berundur maka peluangnya bebas dari mahkamah adalah tipis. 



Sabtu, 15 April 2023

Umno Tidak Bela Nasib Wartawan Utusan Melayu

 Umno parti dulu kini dan selamanya yang kononnya berjuang demi bangsa, negara dan agama Isle kini berusaha kuat membebaskan bossku Najib Razak dari penjara. 

Sambil menyelam minum air atau pakej 2 dalam 1 Umno juga menerusi Presidennya sedang bertungkus lumus menyelamatkan dirinya sendiri dari dihukum mahkamah. 

Itulah perjuangan Umno. Berjuang untuk kepentingan individu tertentu bukan kepentingan parti. 

Umno tidak salah dan berdosa. Yang salah adalah para pemimpinnya. Mereka memperalatkan parti untuk tembolok mereka sendiri. 

Perjuangan dan membela para ahli dan penyokong berada dibarisan kedua. Yang utama adalah kepentingan para pemimpin yang berjawatan dan berkuasa. 




Satu contoh paling jelas adalah nasib para wartawan dan para pekerja di Utusan Melayu yang telah diberhentikan sejak 2019. Sehingga kini tidak ada siapa pun tampil membela nasib mereka. 

Jumlah mereka seramai 800 orang. Mereka diberhentikan kerja kerana syarikat gulung tikar dan mengalami kerugian.

Bila mereka di berhentikan kerja syarikat pula gagal membayar pampasan dan pelbagai lagi keistimewaan. 

Sudah lima tahun berlalu tanpa apa -apa keputusan. Tergantung. Mereka semua selepas hilang kerja terpaksa melakukan berbagai pekerjaan untuk meneruskan kehidupan. 

Ada yang berniaga pasar malam dan berbagai pekerjaan dilakukan. Mereka semua adalah bekas wartawan. Mereka tidak ada kemahiran lain untuk mencari pekerjaan yang baru. Tambahan lagi majoriti mereka sudah berusia lanjut. 

Semasa mereka di Utusan Melayu mereka berjuang membela Umno. Bukan sahaja mereka membela Umno tetapi mereka cium bontot Umno melalui laporan laporan mereka setiap hari. 

Umno juga menggunakan Utusan Melayu demi kepentingan Umno menerusi akhbar harian utamanya -  Utusan Malaysia. 

Logo Utusan pula ketika itu Penyebar Fikiran Rakyat. 

Namun bila syarikat rugi dan terpaksa tutup dan para pekerja diberhentikan -  dimanakah para pemimpin Umno bagi membela nasib para pekerja tersebut yang berjumlah 800 orang kesemuanya ?

Tidak munasabah parti Umno sebagai parti kerajaan tidak mampu membela para pekerja dan wartawan di Utusan Melayu itu. Melainkan Umno adalah sebuah parti pariah!! 

Memang Umno sebuah parti pariah kerana keutamaan perjuangan mereka sudah melencong. 

Apa yang menjadi keutamaan Presiden Umno sekarang melainkan menyelamatkan dirinya dari kes mahkamah dan membebaskan bossku yang telah memberi kemaluan nasional ke seluruh dunia dalam skandal 1MDB.

800 orang pekerja Utusan tidak terbela sehingga sekarang. Para pemimpin Umno sibuk dengan jawatan dan lantikkan di GLC. 

Kepada Presiden Umno, Timbalan dan Setiausaha Agung, kamu semua boleh pi masuk longkang lah. 

Nasib para pekerja Utusan pun tidak terbela. 

Poodahh....!! 


Khamis, 13 April 2023

Bosskur Najib Razak Dibebaskan?

 Ada beberapa isu melibatkan Umno akhir-akhir ini menyebabkan saya mulai ragu-ragu terhadap pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. 

Banyak retorik dan drama secara tersurat. Namun secara tersirat ada cubaan main belakang mahu menyelamatkan Umno dan para pemimpinnya dari tindakan undang-undang. 

Agenda pertama telah pun berjaya mengenai isu Umno langgar peraturan Akta Pertubuhan bersabit keputusan MKT Umno melarang jawatan Presiden dan Timbalan dipertandingkan. 

Mengikut Akta RoS kesalahan Umno itu memungkinkan parti itu diharamkan. Namun Umno dikecualikan dari tindakan undang-undang diatas kuasa Menteri Dalam Negeri yang merupakan seorang copy paste Anwar Ibrahim. 

Umno terselamat. Ok tidak mengapa lah... Kerana Menteri KDN berkuasa menggunakan budi bicaranya. 

Kini pula isu boss ku Najib Razak dan Wak Jahid. 


Ex Presiden dan Presiden Umno


Kes SRC Najib sudah muktamad. Dari mahkamah Tinggi hingga ke mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan para hakim sejumlah 13 lawan satu telah mendapati dan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Najib. 

Tetapi yang aneh dan pelik ialah keputusan yang satu itu dijadikan senjata untuk membebaskan Najib. Keputusan 13 majoriti hakim yang lain seolah tidak wujud. 

Umno kini sedang berusaha memohon pengampunan daripada Yang Di Pertuan Agong. 

Lebih tidak masuk akal adalah Najib belum pun sampai setahun di dalam penjara sudah ada usaha untuk diberi pengampunan. Memang orang Umno tidak ada common sense. 

Sebab itulah Umno hanya ada 26 kerusi sahaja di Parlimen. Kerana parti itu dipimpin oleh pemimpin yang korup. Sama ada ex Presiden atau Presiden sekarang. Keduanya kes mahkamah. 

Yang lebih tidak logik lagi ialah Najib masih ada dua, tiga kes lagi di mahkamah bersabit 1MDB. Umno hendak mohon ampun bagi pihak Najib berapa kali?? 

Itu kes Najib. 

Ini kes Wak Jahid. 

Kes dia tangguh lagi sehingga bulan Ogos. Kes sepatutnya disambung April ini. 

Kabarnya Wak Jahid mohon Peguam Negara tarik balik kes 47 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan Yayasan Akal Budi. Banyak cantik!! 

Kes tersebut sudah diperingkat pembelaan dan keterangan para saksi. 

Yang lebih mashgul lagi pihak Peguam Negara tidak membantah. Cantik...!!! 

Saya penuh yakin dari apa yang telah berlaku akhir akhir ini, boss ku Najib dan Wak Jahid akan berjaya dalam misi mereka menyelamatkan diri masing-masing. 

Tahniah PM Anwar Ibrahim dengan slogan kerajaannya Madani. Apa yang saya faham maksud Madani adalah contoh atau example. That is amazing..... 

Namun nampaknya Madani dah hendak jadi permaidani. Segala sampah debu sapu bawah carpet. 

Anwar secara retorik hendak lawan rasuah. Tetapi nampaknya perasuah dan penyamun semakin hari semakin nyaring suara mereka. 

Ok lah kerajaan perpaduan dikatakan. 


Sabtu, 4 Mac 2023

Tan Sri Lee San Choon Dalam Kenangan

 Tan Sri Lee San Choon, 87 tahun telah pun meninggal dunia. Beliau adalah bekas Presiden MCA ke 4 selepas Tun Tan Siew Sin. 

Lee telah melibatkan diri dalam politik sejak 1959. Dan beliau adalah antara Presiden MCA yang berjaya membangunkan parti. 

Beliau telah berkhidmat dalam kabinet sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussein Onn sehinggalah ke zaman Dr Mahathir. 

Lee telah mengundur diri dari politik pada tahun 1983 dengan meletakkan semua jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan, Presiden MCA dan ahli Parlimen Seremban. 

Semasa Lee meletakkan semua jawatan politiknya (1983) beliau tidak memberi sebarang alasan diatas keputusan dan tindakannya itu. 

Sedangkan ketika itu MCA baru sahaja berjaya meraih kejayaan (PRU 1982) dengan memenangi banyak kerusi yang dikuasai DAP. 




Umum bertanya kenapa Lee tiba-tiba meletakkan semua jawatan politik yang dipegangnya? MCA tidak berhadapan masalah atau sebarang skandal. Malah parti MCA berada dipuncak kejayaan dan dalam keadaan kukuh. 

Tidak siapa pun mengetahui puncanya. Lee sendiri tidak memberi bayangan sebab musabab tindakannya itu. 

Namun pada tahun 2000 dalam satu wawancara dengan majalah Asiaweek, Lee mendedahkan ada pemimpin Umno menikamnya dari belakang. Tidak pula Lee menjelaskan dengan terperinci kenyataannya tersebut. 

Bagaimanapun, saya sebagai seorang yang minat mengikuti perkembangan politik sejak 1981 lagi sudah dapat mengetahui apa puncanya. 

Ceritanya begini. Pada 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4 menggantikan Tun Hussein Onn. Lee adalah menteri kabinet Tun Hussein.

Dr Mahathir membubarkan parlimen bagi memberi laluan PRU pada 1982 bagi mendapat mandat rakyat selaku PM ke 4.

Suasana ketika itu memperlihatkan Dr Mahathir dan parti Barisan Nasional begitu popular dan mendapat sokongan rakyat. 

Lee pula sebagai pemimpin kaum Cina menerima cabaran hebat dari pemimpin DAP, Lim Kit Siang bagi menentukan siapa menjadi pilihan untuk mewakili kaum Cina di negara ini. Cabarannya, MCA atau DAP?? 

Lee San Choon menyahut cabaran DAP dengan berani dan mengorbankan dirinya dengan bertanding di kubu kuat DAP iaitu Seremban dengan bertanding melawan Pengerusi DAP, Dr Chen Man Hin. Seremban adalah kawasan majoriti Cina dan kubu kuat DAP. 

Lee tidak bertanding di kawasan selamat. Beliau bertanding di Seremban bagi memberi peluang pada kaum Cina membuat pilihan sama ada MCA atau DAP sebagai parti utama mewakili kaum Cina di negara ini. 

Keputusannya Lee San Choon menang menewaskan Chen Man Hin dengan majoriti 845 undi. Jumlah pengundi lebih kurang 46,000. Satu kemenangan tipis buat Lee.  Namun ia satu kemenangan yang memberi impak besar pada MCA mahu pun DAP. 

Pertama, Seremban kubu kuat DAP. Kedua Lee menentang Pengerusi DAP, Dr Chen Man Hin. 

Ia adalah satu kejayaan dan kemenangan manis buat Lee San Choon sebagai Presiden MCA dan sebagai pemimpin mewakili kaum Cina. Sekurang kurangnya pengorbanan Lee bertanding di Seremban berbaloi. Dan ia juga satu tamparan hebat buat DAP. 

Namun kejayaan itu seperti tidak dihargai Umno, terutama Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. 

Kerana selepas kejayaan MCA merampas banyak kerusi DAP dalam PRU 1982 itu, Lee San Choon telah membuat beberapa tuntutan pada Dr Mahathir sebagai PM sebagai imbalan diatas kejayaan dan pengorbanan MCA dalam menentang parti DAP dikalangan para pengundi Cina. 

Antara tuntutan Lee pada Dr Mahathir adalah penambahan beberapa jawatan dalam kabinet dan beberapa tuntutan yang lain. Bagi Lee tuntutan ini adalah adil dan wajar diatas kejayaan dan sumbangan MCA dalam Barisan Nasional. 

Namun Dr Mahathir selepas kejayaan BN dalam PRU 1982 itu tidak melayan sedikit pun segala tuntutan tersebut. Malah beliau terus mempertahankan status quo yang ada pada MCA. 

Ia kelihatan seolah olah Dr Mahathir tidak menghargai pengorbanan dan kerja keras MCA dalam menyaingi DAP bagi menarik sokongan para pengundi kaum Cina. 

Selepas PRU 1982 - tidak sampai setahun, Lee San Choon mengambil langkah politik sebagai mesej pada Dr Mahathir dengan meletakkan semua jawatannya sebagai tanda protes. 

Lee meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan, Presiden MCA dan ahli parlimen Seremban. 

Ertinya Lee ingin sampaikan pada Dr Mahathir bahawa beliau akan pulangkan kerusi parlimen Seremban kembali pada DAP. 

Dan ternyata itulah yang berlaku. Setelah Lee mengosongkan kerusi parlimen Seremban maka berlaku lah satu pilihan raya kecil. 

Dalam pilihan raya kecil itu DAP berjaya merampas kembali Seremban sebagai kubu kuatnya. 

Seremban hingga ke hari ini terus kekal sebagai kawasan dan kubu kuat DAP. 

Itulah Lee San Choon. Seorang pemimpin dan politikus Cina yang disegani. Dan beliau akan terus diingati. 




Ahad, 26 Februari 2023

Ismail Sabri Yaakob Lambat Buat Keputusan

 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan bertanding mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno. 

Keputusan ini dikira agak terlewat diambil Ismail Sabri. Ia sepatutnya membuat kenyataan ini beberapa bulan dahulu. 

Umum tahu Ismail Sabri bukan dianggap penyokong kuat Presiden parti Zahid Hamidi.

Malah semasa Ismail Sabri menjadi PM ke 9 beliau kelihatan dibuli oleh Zahid. 


Ismail Sabri Yaakob


Zahid adalah orang utama menekan Ismail agar parlimen dibubarkan secepat mungkin. 

Ternyata tekanan Zahid berjaya dan Ismail terpaksa mengalah. 

Kini Ismail seperti kain buruk yang tidak dihargai. 

Sekiranya Ismail tidak mengalah dengan tekanan Zahid Hamidi, beliau masih lagi menjadi Perdana Menteri pada saat ini. 

Malah kini bukan sahaja Ismail Sabri menjadi PM paling singkat iaitu selama 14 bulan dalam sejarah bahkan para pemimpin yang sehaluan dengannya seperti Khairy Jamaluddin dan Hishamuddin Hussein dipecat dan digantung sebagai ahli Umno. 

Jelas selepas parlimen dibubar, Ismail hilang jawatan PM dan beberapa pemimpin Umno dipecat dan digantung. 

Maka sah lah Ismail telah dibuli dan dipermainkan Zahid Hamidi dan kuncu kuncunya sebelum dan selepas parlimen dibubarkan. 

Ismail Sabri secara terbuka menyatakan kecewanya terhadap apa yang berlaku lebih lebih lagi keputusan parti menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan. 

Ismail Sabri adalah PM ke 9 merangkap Naib Presiden Umno. 

Adalah tidak munasabah beliau bertanding mempertahankan jawatan Naib Presiden. 

Jawatan yang sesuai bagi Ismail Sabri adalah jawatan Presiden Umno. 

Sebagai bekas PM, Ismail Sabri tidak boleh bertanding jawatan Naib Presiden. Ia tidak kena pada tempatnya dan tidak betul serta tidak munasabah. Ertinya ia tidak logik. 

Maka keputusannya tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden adalah tepat. Cuma kesilapan Ismail Sabri ialah beliau lambat membuat keputusan tersebut. 

Sepatutnya sebagai seorang politikus dan bekas PM sebaik sahaja Umno mengambil tindakan terhadap Khairy, Hisham dan beberapa pemimpin utama parti beliau seharusnya mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden dengan segera. 

Ini sebagai tindak balas dan langkah politik berdasarkan situasi politik ketika itu. Juga sebagai tamparan pada Zahid Hamidi sebagai Presiden yang mencantas para pemimpin parti yang tidak sehaluan dengannya. 

Namun Ismail Sabri tidak mengambil langkah yang bersifat tindak balas atau respons terhadap apa yang berlaku dalam parti. 

Saya kira inilah kelemahan ketara Ismail Sabri sebagai politikus dan bekas PM. 

Sekiranya Ismail bertindak meletakkan jawatan dalam parti beberapa bulan terdahulu ia pasti memberi tamparan hebat pada Zahid dan parti secara umumnya. 

Namun semua itu tidak berlaku. Justeru itu saya kira Ismail Sabri tidak layak menjadi Presiden Umno. Dan tidak mungkin akan menjadi PM buat kali kedua. 

Saya kira Ismail Sabri perlu terus bersara dari politik. Kecuali beliau mahu ikut jejak Dr Mahathir yang semakin hanyut dan tidak tahu bila perlu berhenti dan bersara dari politik. 




Ahad, 15 Januari 2023

Umno Tidak Insaf

 Para perwakilan Umno masih bebal dan tidak pernah insaf dengan apa yang menimpa Umno sejak tiga Pru dari 2008 hingga Pru 15  pada 2022.

Mereka tidak pernah belajar dan tidak akan ambil iktibar kekalahan yang menimpa mereka. 

Sebelum 2008 Umno sentiasa menang hampir atau melebihi 100 kerusi Parlimen. Tetapi sejak 2008 kerusi yang dimenangi mulai merosot. 




Dari 100 kerusi menurun hingga 76 kerusi. Pada Pru 14 Umno hanya menang 54 kerusi. Dan pada Pru 15 yang lalu ia terus merosot sehingga hanya menang 26 kerusi sahaja. 

Namun Umno dibawah Zahid Hamidi memang "hebat", walaupun hanya menang 26 kerusi dari 222 kerusi parlimen ia masih berada dalam kerajaan dan tidak sebagai pembangkang. 

Yang paling hebat lagi Sang Presiden parti yang menghadapi dua kes mahkamah diatas tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Terima kasih pada brader Anwar Ibrahim!! 

Sejak kekalahan yang memalukan pada Pru 15 sehingga hari ini belum kelihatan Umno dari Sang Presiden sehingga ahli-ahli parti insaf diatas "kemaluan" yang menimpa parti. 

Mereka masih dalam bersorak sorai seolah parti mereka masih hebat dan seperti tidak ada apa yang berlaku. 

Belum ada apa-apa langkah, tindakan atau strategi yang dilakukan bagi memulihkan imej parti yang buruk itu. Tidak ada. 

Kerana mungkin mereka masih selesa dengan habuan berbagai jawatan kabinet setelah berjaya membantu menubuhkan kerajaan. 

Dan yang paling hebat lagi ialah tamatnya persidangan Umno baru-baru ini dengan resolusi memutuskan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Ertinya Sang Presiden terus kekal untuk tiga tahun lagi. 

Cantik...!!! 


Sang Presiden


Ironinya Si Sang Presiden adalah orang yang paling bernafsu mahukan Pru15 diadakan secepat mungkin. Alasannya mahu kuasa dikembalikan pada rakyat bagi menubuhkan kerajaan baru. 

Namun bila terkena batang hidungnya dalam soal parti - dia tidak berani menghadapi ahli-ahli parti bagi menentukan nasibnya sebagai Presiden. 

Ahli-ahli parti berhak memilih siapa yang layak memimpin mereka. Itu dikatakan demokrasi. 

Namun Sang Presiden pilih untuk kekal jawatan secara tidak demokratik. 

Ahli-ahli parti tidak insaf. Tidak belajar dari apa yang terjadi. Meski pun tumbang tersungkur berkali kali. Mereka bebal. Pemimpin mereka pun bebal. 

Apakah Umno akan bangkit? 

Sang Presiden kini adalah beban dan liabiliti pada Umno dengan dua kes mahkamah yang dihadapi. Satu kes Yayasan Akal Budi. Satu lagi kes permit visa pekerja asing. Kes kedua mahkamah telah bebaskan Sang Presiden. Namun pihak AG telah membuat rayuan dan kes ini akan bersambung dalam masa terdekat. 

Kepada Sang Presiden semoga selamat dalam menghadapi kedua perbicaraan tersebut. 

Kepada Brader Anwar Ibrahim semoga bersedia memilih calon Timbalan Perdana Menteri yang baharu? 

Selasa, 13 Disember 2022

Kes Zahid Hamidi Akan Digugurkan?

 Zahid Hamidi  setelah menjadi Timbalan Perdana Menteri kini menghadapi dua misi penting bagi menjamin masa depannya terus kekal sebagai pemimpin politik.

Pertama, mengekalkan kedudukkannya sebagai Presiden Umno sekiranya ada pertandingan merebut jawatan parti. Kedua, beliau mesti menang kes rasuahnya yang sedang berjalan sekarang.

Sekiranya Zahid berjaya mengatasi dua masalah besar ini kedudukkannya sebagai TPM dan masa depan politiknya akan semakin kukuh.

Umno akan mengadakan pemilihan jawatan parti dalam masa enam bulan dari sekarang setelah ditangguh dua kali.


Ahmad Zahid Hamidi


Kini sudah ada gerakkan dari bawah agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ada pertandingan. Ertinya kedua penyandang jawatan tersebut dikekalkan.

Jika pelan pro Zahid berjalan lancar maka ini adalah satu perkara baru yang tidak pernah berlaku. Kerana sesuatu yang aneh bila parti kalah teruk dalam pilihanraya pemimpinnya terus kekal dan tidak meletakkan jawatan.

Umno dibawah pimpinan Zahid hanya menang 26 kerusi dari 222 kerusi parlimen dalam Pru 15. Ini adalah prestasi dan pencapaian paling buruk dalam sejarah pilihanraya Umno.

Bukan sedikit suara-suara ahli parti menggesa Zahid supaya melepaskan jawatannya.

Namun begitu apa yang berlaku adalah sebaliknya. Zahid telah bertindak dengan tegas menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 dengan membawa Umno menjadi sebahagian dari kerajaan. Dan sebagai imbalannya beliau dilantik TPM.

Jadi prestasi Zahid bukan diukur pada pencapaian Umno dalam Pru 15 tetapi peranannya yang besar yang memungkinkan Umno menjadi kerajaan bukan pembangkang.

Dan pencapaian peribadinya yang terbesar adalah dilantik sebagai TPM walaupun partinya Umno ditolak para pengundi.

Inilah istimewa dan uniknya Zahid Hamidi dalam konteks situasi politik negara selepas Pru 15.

Apalagi dengan jawatan TPM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, kuku Zahid semakin tajam bagi menguasai Umno dan terus kekal sebagai Presidennya

Anwar Ibrahim telah memainkan peranannya bagi memastikan kedudukan Zahid dalam Umno tidak tergugat. Kerana Umno kini adalah kerabat paling kuat dalam kerajaan selain DAP.

Tetapi bagaimana pula kes mahkamah Zahid Hamidi? Apakah akan ada representasi agar kes itu digugurkan??

Atau Zahid akan berusaha keras agar beliau menang dalam kes tersebut. Justeru membersihkan namanya dan memulihkan kembali imejnya di mata umum. 

Walau apapun yang berlaku sekiranya Mahkamah memutuskan Zahid bersalah diatas pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, Anwar sebagai PM perlu tegas memecatnya sebagai TPM. 

Jelas kini Zahid mampu mengatasi cabaran dan tentangan dalam Umno. 

Tetapi apakah beliau akan berjaya menghadapi kesnya di mahkamah? 

Kita tunggu dan lihat.