Khamis, 13 April 2023

Bosskur Najib Razak Dibebaskan?

 Ada beberapa isu melibatkan Umno akhir-akhir ini menyebabkan saya mulai ragu-ragu terhadap pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. 

Banyak retorik dan drama secara tersurat. Namun secara tersirat ada cubaan main belakang mahu menyelamatkan Umno dan para pemimpinnya dari tindakan undang-undang. 

Agenda pertama telah pun berjaya mengenai isu Umno langgar peraturan Akta Pertubuhan bersabit keputusan MKT Umno melarang jawatan Presiden dan Timbalan dipertandingkan. 

Mengikut Akta RoS kesalahan Umno itu memungkinkan parti itu diharamkan. Namun Umno dikecualikan dari tindakan undang-undang diatas kuasa Menteri Dalam Negeri yang merupakan seorang copy paste Anwar Ibrahim. 

Umno terselamat. Ok tidak mengapa lah... Kerana Menteri KDN berkuasa menggunakan budi bicaranya. 

Kini pula isu boss ku Najib Razak dan Wak Jahid. 


Ex Presiden dan Presiden Umno


Kes SRC Najib sudah muktamad. Dari mahkamah Tinggi hingga ke mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan para hakim sejumlah 13 lawan satu telah mendapati dan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Najib. 

Tetapi yang aneh dan pelik ialah keputusan yang satu itu dijadikan senjata untuk membebaskan Najib. Keputusan 13 majoriti hakim yang lain seolah tidak wujud. 

Umno kini sedang berusaha memohon pengampunan daripada Yang Di Pertuan Agong. 

Lebih tidak masuk akal adalah Najib belum pun sampai setahun di dalam penjara sudah ada usaha untuk diberi pengampunan. Memang orang Umno tidak ada common sense. 

Sebab itulah Umno hanya ada 26 kerusi sahaja di Parlimen. Kerana parti itu dipimpin oleh pemimpin yang korup. Sama ada ex Presiden atau Presiden sekarang. Keduanya kes mahkamah. 

Yang lebih tidak logik lagi ialah Najib masih ada dua, tiga kes lagi di mahkamah bersabit 1MDB. Umno hendak mohon ampun bagi pihak Najib berapa kali?? 

Itu kes Najib. 

Ini kes Wak Jahid. 

Kes dia tangguh lagi sehingga bulan Ogos. Kes sepatutnya disambung April ini. 

Kabarnya Wak Jahid mohon Peguam Negara tarik balik kes 47 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan Yayasan Akal Budi. Banyak cantik!! 

Kes tersebut sudah diperingkat pembelaan dan keterangan para saksi. 

Yang lebih mashgul lagi pihak Peguam Negara tidak membantah. Cantik...!!! 

Saya penuh yakin dari apa yang telah berlaku akhir akhir ini, boss ku Najib dan Wak Jahid akan berjaya dalam misi mereka menyelamatkan diri masing-masing. 

Tahniah PM Anwar Ibrahim dengan slogan kerajaannya Madani. Apa yang saya faham maksud Madani adalah contoh atau example. That is amazing..... 

Namun nampaknya Madani dah hendak jadi permaidani. Segala sampah debu sapu bawah carpet. 

Anwar secara retorik hendak lawan rasuah. Tetapi nampaknya perasuah dan penyamun semakin hari semakin nyaring suara mereka. 

Ok lah kerajaan perpaduan dikatakan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan