Ahad, 29 Ogos 2021

Ismail Sabri Perdana Menteri Bukan Presiden Parti

 Ini pertama kali dalam sejarah negara seorang Perdana Menteri bukan Ketua atau Presiden sebuah parti. 

Ismail Sabri Yaakob adalah Naib Presiden Umno paling kanan diantara tiga Naib Presiden. 

Dalam hieraki parti jawatan Naib Presiden berada kedudukan ketiga selepas Presiden dan Timbalan Presiden. 

Sebelum ini semua Perdana Menteri adalah merangkap Presiden Umno. 

Semasa Pakatan Harapan berkuasa,  Dr Mahathir sebagai PM adalah Pengerusi parti Bersatu.  Presiden Bersatu ialah Muhyiddin Yassin. Ketika itu Pengerusi Bersatu lebih berkuasa daripada Presiden. Pengerusi adalah nombor satu.  Presiden nombor dua. 

Namun kini jawatan Pengerusi Bersatu telah dimansuhkan. Presiden yang berkuasa. 

Kembali pada Ismail Sabri sebagai PM 9 dan orang nombor satu dalam kerajaan. Bila Ismail menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, dia bukan lagi boss atau orang nombor satu dalam parti. 

Yang jadi boss Ismail Sabri dalam mesyuarat MKT adalah Presiden parti Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden,  Mohamad Hasan. 

Ertinya,  Ismail yang berada barisan ketiga hieraki parti kena akur dua orang lagi yang berada lebih tinggi kedudukannya. 

Jadi dalam mesyuarat MKT Umno, Zahid dan Mat Hasan adalah boss Ismail Sabri. 

Ismail Sabri hanya boss dalam kerajaan pusat. Namun sistem politik di Malaysia sejak merdeka adalah parti menguasai kerajaan. Bukan kerajaan menguasai parti. 

Kerajaan boleh tumbang kerana parti.  Kerajaan terbentuk hasil sokongan parti. 

Nampaknya,  inilah dilema dan konflik yang akan dan sedang dihadapi Ismail Sabri. 

Sebagai PM yang disokong parti mesti ikut kemahuan parti. Ismail tidak boleh ikut suka hati dia dalam menjalankan tugasnya sebagai PM. Dia bukan ketua parti. Dia barisan nombor tiga. 

Ini lah dilema dan masalahnya. 

Yang paling jelas Ismail tidak sehaluan dengan Zahid Hamidi. Ini jelas terbukti semasa Muhyiddin sebagai PM. Ada percanggahan pendirian waktu itu mengenai isu sokongan terhadap Muhyiddin. 

Suasana akan lebih keruh dengan majoriti menteri Umno yang dilantik dalam kabinet terdiri daripada mereka yang tidak sehaluan dengan Zahid Hamidi.  Tambahan pula mereka semua bukan ahli MKT Umno. Seperti, Hisham, Khairy, Annuar Musa dan beberapa orang lagi. Namun mereka adalah menteri penuh dan memegang portfolio penting. 

Sekiranya Ismail Sabri dan orang-orangnya lebih menumpu soal politiking dan survival politik masing-masing dan tidak fokus pada agenda utama iaitu isu kesihatan dan pemulihan ekonomi negara, maka yang akan menjadi mangsa adalah rakyat. 

Tetapi saya melihat banyak masalah dan halangan di hadapan Ismail Sabri. Itu pun sekiranya dia licik dan bijak dalam percaturan politiknya. 

Pokok masalahnya dia Perdana Menteri. Tetapi dia bukan Presiden dan Ketua Parti. Dia ada dua orang lagi lebih tinggi daripada kedudukannya.  

Kecuali Ismail Sabri ambil keputusan nekad langgar sahaja dua orang bossnya itu. Khalas..!! 



Rabu, 25 Ogos 2021

Kabinet Ismail Sabri Sebagai Petunjuk

 Ada sebahagian rakyat tidak menaruh keyakinan besar terhadap kemampuan PM 9 Ismail Sabri Yaakob memimpin negara. Yang memberi kepercayaan besar terhadap Ismail Sabri adalah 114 ahli wakil rakyat di Parlimen. 

Saya sendiri secara peribadi hanya 50 - 50 percaya akan kemampuan dan kecekapan Ismail sebagai PM9.

Kerana sebelum ini sejarah dan latarbelakangnya sebagai ahli politik tidak begitu menyerlah. Yang paling menonjol adalah kegagalannya sebagai menteri dalam isu Mara Digital yang lingkup. 

Namun begitu biarlah kita bersangka baik mudah-mudahan Ismail Sabri dapat membuktikan yang dia seorang pemimpin yang kompeten setelah menduduki kerusi Perdana Menteri. 

Bukti awal akan menjadi petunjuk apakah beliau seorang yang serius ingin memulihkan imej negara yang tercalar teruk ialah dengan melihat susunan barisan kabinetnya. 

Apakah para menteri kabinet pilihannya terdiri daripada mereka yang tidak tahu membuat kerja dan tidak cekap??  Dan hanya jenis wujud sebagai penumpang dan membazir duit pembayar cukai dengan menerima gaji elaun secara buta? 

Atau apakah barisan kabinetnya dibarisi mereka yang cekap, pintar dan bersih dalam menunaikan tanggungjawabnya? 

Kalau Ismail bijak dia perlu masukkan beberapa orang profesional dan teknokrat dalam kabinetnya. Tidak semestinya semua ahli politik.  Sebab ramai orang politik kaki auta dan tidak pandai buat kerja.  Cakap sahaja lebih dan hanya mengejar populariti.

Semuanya terletak ditangan Ismail Sabri.  Apakah dia akan ulangi kesilapan Mahiaddin yang melantik barisan kabinet yang terlalu besar malah tidak berfungsi langsung sehingga menimbulkan rasa muak rakyat. 

Kesimpulannya mudah sahaja.  Barisan kabinet PM 9 Ismail Sabri nanti dapat memberi petunjuk dan petanda pada rakyat ke arah mana dia ingin membawa negara seterusnya. 

Apakah kita akan ada perubahan dan peningkatan atau kita akan semakin tergelunsur ke bawah dan terus masuk longkang !!

Semuanya terserah pada Pak Mail. 





Ahad, 22 Ogos 2021

PM 9 Ismail Sabri Perlu Berhati-Hati

 Kini perhatian terhadap PM ke 9 Ismail Sabri Yaakob - susunan barisan kabinetnya. Apakah sama dengan barisan kabinet Mahiaddin yang begitu besar dan dibarisi para menteri " dead wood" ? Kayu mati!! 

Belum apa lagi netizen telah mencadangkan agar Khairy Jamaludin dikekalkan kerana prestasinya yang mendapat pujian ramai. Dia buat kerja !! Tidak seperti yang lain lebih banyak " tidoq".

Khairy perlu meneruskan kerja-kerjanya sebagai Menteri Penyelaras program vaksinasi negara yang kini menuju sasaran lebih 80 peratus imuniti kelompok.

Satu lagi pesanan pada PM 9 jangan ulangi kesilapan Mahiaddin yang melantik dan mengekalkan mereka yang tidak efektif. Terutamanya suka sangat melantik Penasihat bertaraf menteri bla, bla, bla....yang akhirnya membazir wang rakyat. 

Kabinet tidak perlu besar.  Jumlah kecil tetapi efektif dan kompeten. 

Kalau lah saya berkuasa, saya akan pastikan bekas-bekas menteri seperti menteri Agama,  Komunikasi, Kesihatan dan Menteri Wanita dan Keluarga tidak diberi tempat dalam barisan kabinet baru.  Sudah menjadi rahsia umum bagaimana prestasi mereka sebelum ini.  Yilek..!!  

Apa pun bekas Menteri Kesihatan seorang yang agak bertungkus lumus bekerja namun beliau tidak mencapai KPI yang dimahukan. Rakyat memerlukan seorang menteri yang lebih cekap. 

Ismail Sabri perlu berhati-hati dalam tindakannya.  Rakyat memerhati. Sekiranya salah langkah bukan mustahil negara akan mencatat sejarah bertukar Perdana Menteri kali ketiga dalam masa tiga tahun!!  Nauzubillah!! 


Jumaat, 6 Ogos 2021

Mahiaddin Yassin Tidak Kompeten

 Saya tidak faham apa perlunya Perdana Menteri, Mahiaddin Yassin melantik Ahmad Faizal Azumu sebagai Penasihat Khas PM bertaraf Menteri.  

Faizal bekas MB Perak yang juga Timbalan Presiden Bersatu. Apa keistimewaannya yang menjadi faktor perlantikkan tersebut?? 

Sekiranya dia seorang saintis ke, profesor ekonomi ke, Doktor Falsampah ke, boleh lah juga dipertimbangkan. 

Tetapi Faizal hanyalah seorang wakil rakyat dan ahli politik biasa-biasa. Tidak ada apa yang " meluarbiasakan".

Nampaknya,  PM tidak ada kerja lain hendak dibuat selain buat perlantikkan di situ di sana. Dah berapa orang Penasihat PM sekarang?  Yang jelas bertambah lah lagi bajet kerajaan membayar gaji dan elaun yang boleh mencecah puluhan ribu sebulan.

Walau pun PM suka buat kerja melantik orang itu,  orang ini dalam berbagai jawatan namun prestasi beliau sebagai PM tidak secekap mana. Jelas Mahiaddin adalah seorang yang tidak kompeten. 

Bukan dia sahaja tidak kompeten, malah seluruh menteri kabinetnya terdiri dari mereka yang tidak kompeten dalam melaksanakan tugas sebagai menteri. Terkecuali seorang menteri yang boleh dianggap sebagai cekap dan bijak iaitu Khairy Jamaluddin. 

Khairy bukan sahaja kompeten dengan tugasnya tetapi memahami dan mampu menjawab persoalan daripada sesiapa sahaja berkaitan dengan tanggungjawabnya. Ini baru standard menteri kabinet. 

Bukan macam PM. Selepas buat ucapan di Parlimen terus balik ke rumah dan tidak hadir di Parlimen selama tiga hari berturut-turut. 

Yang kena hentam dan diasak oleh pihak pembangkang hanyalah menteri-menteri kabinet bertaraf badut.  PM yang berani dan cerdik duduk bersembunyi di rumah. Cantik!! 

Inilah pemimpin yang banyak dikelilingi penasihat!! 

Lagi pun apa keperluan melantik Faizal menjadi Penasihat Khas PM bertaraf menteri pula sedangkan Faizal adalah Timbalannya dalam parti Bersatu. 

Kalau PM ada urusan penting dan perlu nasihat dia boleh sahaja telepon atau whatsapp Faizal bila-bila masa.  Faizal kan Timbalan Presiden Bersatu??  Dia hendak berbisik pun boleh.  Apa halangan dan masalah besarnya?? 

Faizal bukan Zahid Komedi atau Najib Bossku yang menjadi seterunya.  

Adoi...memang Mahiaddin tidak ada apa hendak buat lagi dah. Asyik buat perlantikkan sahaja. 

Kes Covid pun dah lebih satu juta. Bukan mustahil kes akan mencecah dua juta menjelang September. Kes mati pun terus meningkat sehingga tiga angka sehari. 

Negara tidak perlu Penasihat Khas. Negara dan rakyat memerlukan seorang PM yang kompeten, pro aktif dan bukan pasif dalam mengurus hala tuju negara agar dapat keluar dari pandemik covid 19 secepat mungkin. 


 

Ahad, 1 Ogos 2021

Tan Sri, Its Time To Go

 Hallo,  Mahiaddin. 

Bila nak buat live di tv baca perutusan? Boleh citer pasal Mak Cik Kiah dan Pak Salleh. 

Tidah usah terus berdiam diri. Seperti orang bersembunyi dalam gua. 

Tampil lah ke hadapan umum bersemuka, berhujah seperti sifatnya seorang pemimpin. 

Sekiranya dalam hati kecil berasa tidak mampu memimpin, bagi sahaja laluan pada orang lain. 

Jawatan tidak penting. Yang penting dan mesti diutamakan adalah nasib rakyat dan hala tuju negara. 

Sudah cukup lebih 18 bulan peluang diberikan. Cukuplah. Dari tebuk atap, pintu belakang sehingga segala macam PKP sampai ke Darurat. 

Tan Sri,  its time to go. 

Rakyat dah fedap.

Enough is enough. 

Jumaat, 2 Julai 2021

Rakyat Sedang Marah...

 Kerajaan Mahiaddin perlu berhati-hati kerana rakyat sekarang sedang marah. Marah yang amat sangat. 

Banyak sangat perkara tidak betul berlaku terutamanya dari pihak atasan. Perlanggaran SOP oleh pak-pak menteri dan golongan VIP telah memburukkan lagi keadaan. 

Terbaru Timbalan Speaker Parlimen pun sendiri telah langgar SOP di kebun durian bersama rakan-rakan sendirian berhad!! Jamu dan pesta durian lah konon-kononnya. 

Ada Perdana Menteri pun macam tidak wujud. Seluruh kabinet macam badut sarkis. Tiada haluan. Masing-masing jaga kedudukan dan kepentingan sendiri. 

Fenomena bendera putih seluruh negara adalah satu mesej dan lambang kegagalan kerajaan Mahiaddin. 

Rakyat sedang marah. 

Ingat, kerajaan Umno/BN bawah Najib Razak tersungkur dalam Pru14 dan hilang kuasa di Putrajaya kerana kemarahan rakyat tidak dapat dibendung disebabkan berbagai isu. 

Selepas Najib jatuh naik pula Mahathir 2.0 selama 22 bulan juga telah menghadapi masalah yang sama.  Rakyat marah kerana harapan mereka dikecewakan. 

Justeru kerajaan Mahathir 2.0 telah mengalami kekalahan yang besar sebanyak tujuh kali Pilihan Raya Kecil secara berturut-turut. Rakyat marah. Sebab manifesto bukan kitab suci. 

Akhirnya Mahathir 2.0 tumbang dengan sendirinya tanpa peti undi. 

Kini giliran Mahaiddin.

Rakyat marah lagi. Marah yang amat sangat sehingga naik bendera putih sebagai simbol kegagalan kerajaan membela nasib hidup mereka. 

Berhati-hati bila rakyat naik marah. 

Najib dan Mahathir 2.0 sudah terkena sumpahannya. 

Nasib Mahiaddin kini ibarat telur dihujung tanduk. 

Selasa, 29 Jun 2021

Menteri, Ahli Politik Tidak Ada Kualiti

 Dalam keadaan negara darurat dengan ancaman covid 19, kehidupan rakyat marhaen semakin tertekan. Ada hilang kerja. Hilang punca mencari rezeki. Mereka yang tertekan perasaan dan mental semakin serius. Kes bunuh diri pun banyak. 

Namun begitu kita lihat perangai pak-pak menteri dan para ahli politik semakin bodoh. Bercakap bodoh dan menunjuk teladan yang tidak baik.  Berapa orang menteri dan Y.B yang telah melanggar SOP. 

Kelihatan mereka langsung tidak sensitif dengan perasaan rakyat yang semakin sukar menghadapi kehidupan harian. 

Ada Menteri Agama pun macam Cap Ayam. Dia pun langgar SOP.  Kalau bercakap macam orang bodoh. Hanya layak pegang jawatan tok siak di surau di kampung. Tak tahu lah macam mana dia dapat PHD. Fening wal heran.... 

Kabinet Mahiaddin sekarang berjumlah lebih kurang 70 orang termasuk Timbalan Menteri. Yang betul-betul buat kerja hanyalah beberapa orang menteri sahaja. Yang lain semua mangkuk hayun. Gaji buta. 

Mereka semua tidak cekap. Orang putih kata tidak kompeten. 

Tengku Razaleigh Hamzah, veteran Umno menuduh Mahiaddin adalah seorang pemalas dan lembab. Ini berdasarkan pengalamannya bekerja bersama Mahiaddin sebagai Timbalannya 30 tahun dahulu.  

Para penyokong Mahiaddin jangan marah saya. Ini bukan saya cakap tapi Ku Li yang cakap. Kalau nak marah boleh pi marah Ku Li. 

Ini kejadian terbaru betapa bodohnya pemimpin dan bekas menteri kabinet membuat kenyataan.  Dia membuat kenyataan pada media bahawa dia akan ke luar negara kerana ada urusan.  Dua kali bodoh bila dia nyatakan urusannya itu bagi mengurus anaknya yang berusia 5 tahun masuk sekolah!!  Apa lah punya bangang!! Kalau ya pun tak payah lah hebahkan pada umum. Jaga lah perasaan hati rakyat marhaen. 

Rakyat jangankan hendak keluar negara pun tidak boleh disebabkan sempadan ditutup. Kita orang politik tup tup nak ke luar negara pasal nak hantar anak 5 tahun masuk sekolah.  Pundek..!! 

Apa sudah jadi dengan mentaliti para menteri dan ahli politik kita?? Kenapa begitu rendah sekali tahap pemikiran mereka. Gaji dan elaun berpuluh ribu sebulan namun standard sangat low dan tidak ada kualiti. 

Satu sahaja cara bagi menghapuskan tahi-tahi politik ini dari terus menjelma ialah dengan tidak lagi mengundi mereka sebagai calon di kawasan masing-masing dalam Pru 15 nanti. 

Undilah calon yang lebih cerdik serta rajin mengambil berat kehidupan rakyat. 

Satu lagi calon yang mesti dihindari ialah calon yang berwatak pak lebai yang bukan sahaja menipu malah menunggang agama demi sebuah Mercedes dan wang ringgit. Sudah cukup dah menipu selama 30 tahun. Apa kita tidak serik lagi? 

Cukup-cukup lah. Pilih lah wakil rakyat kita yang betul-betul berkualiti dan kuat bekerja untuk rakyat. Bukan sebaliknya. 




Isnin, 31 Mei 2021

Selepas Ogos Biar Parlimen Tentukan Kerajaan Baru

 Negara ada lagi baki tiga bulan menjelang Ogos. Selepas Ogos, kerajaan Darurat akan tamat. Apakah proklamasi darurat akan diteruskan? Ini lah persoalan yang bermain dikalangan rakyat marhaen. 

Alasan darurat yang dikuatkuasakan kerajaan (PN) Muhyiddin Yassin adalah untuk mengekang pandemik covid 19. Dan sehingga hari ini kerajaan kelihatan gagal melandai lengkungan kes covid yang sudah menjangkau lebih setengah juta kes dalam negara. Ia juga merekod antara yang terburuk dikalangan negara Asean. 

PM Muhyiddin telah berjanji akan mengadakan PRU 15 selepas Ogos - tempoh tamat nya undang -undang darurat. 

Namun berdasarkan kes covid negara yang semakin serius sekarang negara tidak mungkin bersedia mengharungi satu pilihanraya umum. 

Proses vaksinasi negara pun tidak mungkin akan mencapai sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus rakyat divaksinasi menjelang Ogos nanti. 

Sasaran 80 peratus rakyat menerima vaksin mungkin hanya dapat dicapai penghujung tahun ini atau selewatnya Februari 2022.

Ini berarti negara dan rakyat tidak akan bersedia menghadapi PRU 15 dalam suasana pandemik covid 19.

India yang mengalami lonjatan kes sehingga melumpuhkan sistem kesihatannya adalah berpunca dari beberapa pilihan raya negeri yang diadakan di negara itu. 

Malaysia perlu ambil iktibar dari kejadian di India itu agar tidak berlaku perkara yang sama berulang di negara ini. 

Jadi cara penyelesaian  dalam konteks negara kita adalah - selepas Darurat tamat Parlimen mesti kembali bersidang dan kesemua ahli Parlimen 222 tolak 2 wakil rakyat yang meninggal dunia - jumlah 220 menentukan calon  Perdana Menteri yang baru dan menubuhkan kerajaan baru. 

Apakah kerajaan PN Muhyiddin akan terus dapat sokongan atau pimpinan Pakatan Harapan dapat menubuhkan kerajaan. 

Apa keadaan sekalipun pilihanraya umum mesti ditangguhkan sehingga kes covid 19 dapat dikawal dan jumlah kes berjaya dilengkungkan seluruh negara. Sekurang-kurangnya kes dapat dilandaikan sehingga ke paras satu atau dua angka sehari. 

Yang paling penting peranan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong menggunakan kuasa Baginda untuk menolak cadangan Parlimen dibubarkan. 

Dengan ini memberi laluan Parlimen agar dibubarkan mengikut tarikh tamat tempohnya pada 2023.

Jumaat, 2 April 2021

Umno Dah Jadi Parti Sarkis!!

 Najib bossku menyindir menteri-menteri Umno dalam kabinet yang tidak akan letak jawatan agar tidak bersikap membisu terhadap isu - isu penting berkaitan kepentingan rakyat dan negara. 

Amboi... sedapnya bossku. Bossku dah lupa ke masa bossku jadi PM semua menteri kabinet jadi macam setan bisu dalam isu scam 1MDB ?

Semua orang tidak boleh bercakap isu 1MDB. Malah dalam parlimen pun tidak dibenarkan Tuan Speaker menimbulkan soalan berkaitan dengannya. 

Tengoklah apa yang terjadi pada Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir. Mereka semua dipecat dari Umno gara-gara mempersoalkan cara Bossku menangani isu 1MDB. Muhyiddin pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri, boh.....!! 

TPM pun kena pecat sebab tidak sanggup jadi setan bisu. 

Nasib baik Bossku tersungkur dalam Pru 14 lalu. Kalau tidak scam 1MDB akan jadi seperti sapu debu dibawah karpet. 

Kerana 1MDB seluruh malaya baru tahu siapa itu Jho Low, Goldman Sacs, duit 2.6 billion, duit derma bla, bla... bla... 

Amboi sekarang bossku ugut pada menteri - menteri Umno jangan jadi bisu. Wow...!! 

Terlambat doh boh. Umno sekarang dah jadi tahi. 

Tambah-tambah pulak Umno sekarang dipimpin oleh  Wak Jahid Komedi. 

Umno dah jadi parti sarkis.... 


Selasa, 30 Mac 2021

Zahid Hamidi Perlu Undur Diri Sebagai Presiden Parti

 Presiden Umno, Zahid Hamidi mencabar semua Menteri Umno dalam kabinet meletakkan jawatan selepas Umno membuat keputusan memutuskan kerjasama dengan Bersatu pimpinan PM Muhyiddin Yassin. 

Tidak sampai 24 jam, Pengarah Pilihanraya Umno dan wakil rakyat dari Pasir Menyalak, Tajuddin Abdul Rahman yang juga orang kuat Presiden parti, berkata dia tidak akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi GLC sehinggalah tamat tempoh darurat Ogos ini. 

Cabaran Zahid agar semua Menteri Umno letak jawatan melibatkan juga semua pemimpin Umno yang dilantik menjadi pengerusi GLC.

Cabaran Zahid sebenarnya berpunca rasa marahnya terhadap Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan, yang begitu lantang bersuara menegur kepimpinan parti. 

Sehingga kini tidak berlaku perletakkan jawatan para menteri Umno dalam kabinet. 

Nampaknya mereka tidak ambil pot cabaran Presiden parti mereka iaitu Zahid. 

Malah orang kuat Zahid iaitu Tajuddin Rahman pun tidak ambil pot. Dia pun menegaskan tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Prasarana

Inilah kedudukan Presiden Umno sekarang yang semua orang tidak ambil peduli apa yang dia cakap. Seorang Presiden parti yang tidak berpengaruh dan tidak mampu menguasai parti. 

Tetapi Zahid dalam ucapan sebagai Presiden Umno dalam PAU berikrar mahu menjadikan Umno sebagai parti dominan dalam Pru 15. 

Lebih hebat lagi dia kata Umno perlu menang lebih dua pertiga agar Umno boleh laksanakan undang -undang syariah di negara ini. 

Hmmm.... Saya kira Zahid masih berkhayal dan bermimpi. Saya ingin tegaskan (saya telah catatkan banyak kali dalam blog ini) bahawa selagi Zahid Hamidi terus pegang jawatan Presiden Umno, selama itulah Umno akan kekal sebagai parti Wak Dogol dan tidak berpengaruh. Jauh sekali sebagai parti dominan. 

Umno perlu tukar nakhoda dan ketua kapal sekiranya mereka mahu menjadi parti terkuat dalam Pru 15 nanti. Zahid atau Wak Jahid bukan orangnya. 

Gaya kepimpinan ke laut. 

Cakap omputih pun ke laut. 

Pendekatan, strategi politik tidak melangkau jauh. 

Naik motor enjin besar, tiada tandingan.... 


Cadangan Menteri Umno dalam kabinet, Khairy Jamaluddin agar Umno mengadakan pemilihan jawatan parti secepat mungkin adalah satu pukulan maut pada Zahid yang beria-ria mahu semua menteri Umno meletakkan jawatan. 

Saya tidak fikir Zahid berani menyahut cadangan Khairy tersebut. Menurut Khairy itu sahaja jalan keluar kemelut pimpinan Zahid dalam Umno kini. 

Namun belum apa-apa lagi Najib Bossku telah menolak cadangan Khairy itu dengan alasan ia boleh melemahkan parti. 

Tetapi bossku tidak sabar mahu Pru15 segera diadakan. Ia tidak melemahkan kedudukan negara pula ketika pandemik Covid 19 mengancam nyawa. 

Itulah bossku dan Wak Jahid yang menteri Umno panggil kluster mahkamah.