PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dun Kajang pada 23 Mac ini adalah sesuatu yang sia-sia, membazir dan tidak relevan langsung dalam konteks kepentingan rakyat. Kerusi Kajang adalah milik PKR yang dimenangi pada PRU13 lalu.
Wakilnya meletakkan jawatan kerana ingin memberi laluan pada Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi agenda politik peribadinya. Segalanya berpunca dari tindakan parti itu. Ia mengosongkan kerusi itu tanpa sebab dan alasan munasabah. Dan kini bertanding sekali lagi menerusi PRK bagi mendapatkan semula Dun Kajang itu.
Apa pun keputusan PRK Kajang kelak tidak akan memberi sebarang impak atau kesan besar terhadap PKR, kerajaan negeri Selangor mahu pun kedudukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Semua yang berlaku adalah mainan dan manipulasi politik Anwar Ibrahim ke tahap paling maksimum untuk kepentingan dirinya. Alasan dia mahu bertanding bagi kepentingan negeri Selangor dan mahu menjadi Menteri Besar adalah satu sandiwara politik belaka.
Langkah politiknya itu hanya lebih bersifat agenda tersirat bagi mengalihkan isu liwat yang dihadapinya. Kes liwat telah lama tertangguh. Kelihatan Anwar dan para peguam belanya berusaha sedaya upaya mengheret dan melengah-lengahkan kes ini.
Seperti biasa Anwar lebih komited dalam mempolitikkan isu dari membersih dan mempertahankan diri dari segala yang dikatakan fitnah dan konspirasi politik terhadap dirinya.
Kajang Move adalah muslihat politik peribadinya. Ia lebih bersifat tersirat dari yang tersurat. Terbukti bila mahkamah mendapati dia bersalah dan dihukum penjara lima tahun; dia menuduh mahkamah telah menjadi perkakas politik bagi menghalang kemaraan perjuangannya.
Kenapa dia tiba-tiba membuat keputusan bertanding di Dun Kajang dan mahu menjadi MB Selangor? Kenapa keputusan itu dibuat setelah hampir kes liwatnya berlangsung? Apakah dia tahu kali ini dia tidak akan terlepas?
Tetapi jelas mainan politiknya mengena kerana ramai orang terutama anak-anak muda menganggap keputusan mahkamah ini adalah tekanan dan pengaruh dari kerajaan. Dan ia adalah satu kezaliman dan ketidakadilan. Ia juga membangkitkan perasaan kebencian terhadap kerajaan.
Lebih tidak masuk akal pada PRK Dun Kajang 23 Mac ini pihak Pakatan Rakyat menganggap ia adalah medan bagi rakyat menghukum kezaliman kerajaan terhadap Anwar.
PRK Dun Kajang dan keputusan kes liwat Anwar adalah dua perkara yang berlainan. Mahkamah adalah mahkamah dan ia adalah proses perundangan negara. PRK adalah urusan parti politik dalam sistem demokrasi. Dan Dun Kajang adalah kerusi milik Pakatan Rakyat dalam PRU13 lalu.
Sekiranya PKR melalui calonnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang pada 23 Mac ini menewaskan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun, ia tidak bererti Anwar tidak bersalah dan kerajaan adalah zalim. Begitu juga sebaliknya.
Semua pihak mesti menghormati keputusan mahkamah. Dalam masa yang sama kita juga perlu menghormati dan menerima proses demokrasi.
Tetapi Anwar setakat ini berjaya menimbulkan persepsi umum dan memanipulasi suasana seolah dia dianiaya dan dizalimi. Lebih-lebih lagi ramai para penyokongnya hanya melihat dari persepsi politik dan tidak meneliti hujah-hujah serta fakta semasa perbicaraan kesnya di mahkamah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan