DATUK Mukhriz Tun Mahathir sudah mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti itu bulan depan.
Selain Mukhriz, dua calon lagi iaitu Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad turut serta. Manakala tiga penyandang jawatan; Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Nampaknya pemilihan kali ini tidak memberi sebarang unsur suspens pada jawatan Presiden dan Timbalannya kerana ada pertandingan atau tidak; Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan akan terus mengekalkan jawatan masing-masing.
Apa yang menjadi tumpuan adalah tiga jawatan Naib Presiden yang dikira sebagai jawatan persediaan untuk melangkah mengambil alih pucuk pimpinan parti masa depan.
Apakah Zahid, Hisham dan Shafie mampu mempertahankan jawatan masing-masing ? Atau calon veteran seperti Ali Rustam dan Isa Samad mampu mengisi satu kerusi bagi pihak lebih senior dalam parti ? Atau pun Mukhriz yang begitu popular bakal mencapai kejayaan dalam percubaan buat pertama kalinya ?
Lihat pada tiupan angin dan gelombang akhir-akhir ini adalah jelas Zahid merupakan calon berada di atas senarai pertama yang akan berjaya mempertahankan jawatannya. Diikuti calon kedua yang favorite dan popular iaitu Mukhriz Mahathir.
Justeru itu ada satu lagi kekosongan yang bakal direbut oleh Hisham, Shafie, Ali dan Isa. Siapakah antara mereka bakal terpilih ?
Tidak kisahlah ! Menurut pandangan popular yang penting Zahid dan Mukhriz perlu menang dan menjadi calon pucuk pimpinan parti pada masa hadapan.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Zahid Hamidi |

Mukhriz Mahathir |
Justeru itu ada satu lagi kekosongan yang bakal direbut oleh Hisham, Shafie, Ali dan Isa. Siapakah antara mereka bakal terpilih ?
Tidak kisahlah ! Menurut pandangan popular yang penting Zahid dan Mukhriz perlu menang dan menjadi calon pucuk pimpinan parti pada masa hadapan.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Tiada ulasan:
Catat Ulasan