TIDAK ramai yang tahu Dr. Ting Chew Peh sebelum beliau bergiat aktif dalam politik MCA adalah seorang ahli akademik dan penulis dalam bahasa melayu yang aktif.
Bertugas sebagai seorang pensyarah dalam bidang Antropologi dan Sosiologi di salah sebuah universiti tempatan - sebelum aktif politik.
Dr. Ting banyak menulis perihal subjek asmilisasi dan polarisasi kaum dalam tulisan-tulisannya. Kebanyakan rencananya itu tersiar dalam majalah Widya dan Dewan Masyarakat pada awal 80an.
Beliau pernah dipilih sebagai antara penulis terbaik oleh majalah Dewan Masyarakat di atas sumbangan tulisannya semasa majalah tersebut di bawah kelolaan pengarang Noor Azam. Penulis lain yang menerima penghargaan bersamanya ialah Mansor Ahmad Saman atau nama penanya T.S.Lanang. Keduanya merupakan kolumnis tetap di majalah tersebut.
Tetapi sejak beliau menjadi seorang politikus dan menjadi wakil rakyat Gopeng, tulisan-tulisan beliau sudah tidak muncul lagi. Bermula dengan jawatan sebagai Setiausaha Agung MCA dan seterusnya menjawat Menteri Perumahan, dunia penulisan dan akademik semakin jauh ditinggalkannya.
Kemuncaknya, Dr. Ting telah bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden MCA menentang Chan Kong Choy. Namun beliau tewas dalam pertandingan itu.
Dr. Ting adalah antara ahli akademik yang menerjunkan diri dalam politik dan ditelan arus serta peredaran masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan