Menurut pengarangnya, Subky Abdul Latif, ANAK APAK merupakan Jilid pertama dan akan dikuti dengan Jilid kedua dan ketiga. Jilid kedua bertajuk "Propagandis Zaman" dan ketiga "Manis-Manis Politik".
Anak Apak lebih berkisar tentang masa kecilnya, keluarga dan bapanya yang dipanggil Apak. Seterusnya cerita bagaimana beliau menjadi wartawan di Utusan Melayu bermula di Pulau Pinang.
Jilid kedua dan ketiga bakal terbit yang lebih berkisar tentang dunia penulisan dan kewartawanan yang dilaluinya serta pengalamannya sebagai seorang aktivis politik.
Anak Apak ialah sebuah memoir yang menarik dan seronok dibaca, apatah lagi Subky menulisnya dalam gaya yang mudah dan santai. Tidak berat membacanya sekalipun setebal lebih 400 muka surat.
Oleh kerana saya mendapat diskaun istimewa dari seorang kawan yang kebetulan seorang penjual buku; saya telah mendapatkan dua nashkah sekaligus. Satu untuk disimpan dalam beg galas untuk ke sana ke mari dan satu lagi diletakkan dirak buku di rumah.
Kalau dalam perjalanan atau saat menunggu sesuatu yang kekadang membosankan, boleh saya menatap dan membacanya dari helai ke helai muka suratnya. Dan bila malam selepas waktu Isyak sekiranya tidak ada apa nak dibuat boleh capai saja buku itu yang tertidur di rak buku.
Membaca karya memoir memang seronok, mengasyikkan !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan