Rabu, 10 Oktober 2018

Umno Salah Tidak Bertanding di PRK Port Dickson

Pemimpin Umno di Port Dickson telah menyeru para ahli partinya yang seramai 13,000 orang keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)  pada 13 Oktober ini.

Dia juga menyarankan agar mereka bebas mengundi calon-calon yang bertanding. Asalkan calon itu berkhidmat demi kebaikan bangsa dan negara.

Umno tidak bertanding dan meletakkan calon di PRK ini kerana membantah alasan ia diadakan.

Pun begitu bukan semua ahli Umno menerima keputusan parti yang tidak mahu bertanding.

Namun itulah keputusan muktamad yang ambil Presiden parti Zahid Hamidi.

Apakah keputusan Umno tidak bertanding itu betul?


Yang jelas ia telah menjejaskan imej Umno dan merendahkan kedudukannya sebagai parti yang sering melaungkan "Hidup Melayu".

Dan yang terpenting menjadikan Umno sebagai parti yang tidak relevan pada suasana semasa lebih-lebih lagi selepas kejatuhan pada PRU 14 Mei lalu.

Buktinya 13,000 ahli Umno di Port Dickson terkapai-kapai seperti anak ayam kehilangan ibu. Mereka seperti tidak mempunyai maruah kerana parti tidak meletakkan calon.

Mereka diberi pilihan memilih dan mengundi calon PH Anwar Ibrahim, calon Pas dan lima lagi calon Bebas.

Mereka ahli Umno kelihatan seperti orang bodoh dan bengong kerana pemimpin yang membuat keputusan itu pun bodoh dan bengong sama.

13,000 ahli bukan jumlah yang sikit.

Umno dilihat hanya mahu kembali berkuasa melalui pintu belakang dan mengharap ihsan parti lain bagi mengembalikan mereka ke Putrajaya.

Itulah sahaja mimpi dan harapan Umno selepas tsunami 9 Mei lalu.

Mereka masih bermimpi dan berkhayal dan tidak mahu menerima realiti Umno semakin tidak relevan.

Umno hanya mahu menyertai kelab parti Pas Pis Pus...

Sepatutnya Umno turut sama bertanding bagi menguji apakah rakyat masih bersamanya. Bukan hanya retorik dengan slogan melayu dan bangsa bagi meraih simpati rakyat.

PRK Port Dickson adalah medan yang sesuai bagi Umno membuktikan ia masih relevan dalam politik tanahair.

Umno telah persiakan peluang itu dan menjadikan para ahlinya tidak bermaruah.



Khamis, 4 Oktober 2018

Kes Najib Razak : AG Tidak Bersedia?

Peguam Negara Tommy Thomas tidak akan berhujah di mahkamah dalam kes pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak.  Sebaliknya dia melantik dua peguam luar dan bukan dari Jabatan Peguam Negara.

Kedua peguam itu adalah peguam veteran Sulaiman Abdullah dan bekas hakim, Gopal Sri Ram.

Sulaiman akan menumpu kes SRC dan Sri Ram kes 1MDB. Kedua kes melibatkan isu salah guna kuasa dan pengubahan wang haram yang menjadi pertuduhan terhadap Najib.

Tommy Thomas memberi alasan dia mempunyai tugas dan tanggungjawab besar di Jabatan Peguam Negara dan tidak dapat memberi tumpuan penuh mengendalikan sepanjang perbicaraan kes di mahkamah nanti.

Tommy Thomas

Sebelum ini semua AG (Peguam Negara) seperti Tan Sri Abu Talib Othman, Mohtar Abdullah dan Gani Patail - mereka semuanya melakukan sendiri pendakwaan semasa perbicaraan. Ini termasuklah kes-kes berprofil tinggi.



Mohtar Abdullah dalam kes liwat 1 Anwar Ibrahim.

Tan Sri Abu Talib dalam kes bunuh terhadap bekas menteri kabinet Mokhtar Hashim.

Dan Gani Patail dalam kes liwat 2 Anwar Ibrahim. Cuma dalam proses rayuan kes tersebut, Gani Patail telah melantik peguam Muhammad Shafee Abdullah mewakili Jabatan Peguam Negara.

Tan Sri Abu Talib Othman

Sejak pertuduhan dan dakwaan dimulakan terhadap Najib, jelas kelihatan prestasi barisan pendakwa terdiri daripada Sulaiman dan Sri Ram setakat ini tidak begitu menyakinkan.

Malah sekiranya diteliti penghujahan peringkat awal lebih memihak pada Peguambela Najib iaitu Muhammad Shafee Abdullah.

Antara hujah dan bantahan awal Shafee adalah berkenaan kegagalan Sulaiman Abdullah menunjukkan surat perlantikan dari pejabat AG.

Kedua kegagalan pendakwa menyediakan segala dokumen berkenaan dengan semua pertuduhan terhadap Najib.

Sebaliknya menurut Shafee, pihak pembela hanya diberikan segala dokumen tersebut dalam format CD. Dan ini tidak pernah berlaku sebelumnya.  Kerana dokumen dalam format CD sukar dibaca dan tidak tersusun seperti tidak pasti mana satu ekor dan mana satu kepala. Ini menyukarkan pihak peguambela dalam proses penyediaan pembelaan.

Jelas mahkamah terpaksa akur dengan hujah-hujah tersebut.

Allahyarham Mohtar Abdullah

Adalah tidak pasti apakah kita harus bersetuju dengan hujah Muhammad Shafee bahawa pihak AG tidak cukup persediaan dalam kes pendakwaan Najib Razak ?

Apa pun perlu diingatkan kedua peguam Sulaiman dan Sri Ram tidak mempunyai pengalaman sebagai pendakwa. Mereka lebih berpengalaman sebagai peguambela.

Dan tugas pendakwa tidak semudah seorang peguambela. Peguambela hanya memerlukan bagi menimbulkan keraguan dalam kes mereka.  Manakala pendakwa mempunyai beban menampilkan bukti yang jelas dan kukuh untuk memenangi sebarang kes.

Dalam kes ini saya melihat Muhammad Shafee sebagai peguam senior mempunyai kelebihan mengatasi Sulaiman dan Sri Ram.

Dan ini terbukti setiap kali selepas sessi mahkamah,  Shafee akan bertemu pihak media dan menjawab serta memberi penjelasan secara terperinci apa yang berlaku dalam mahkamah.

Ini tidak berlaku pada Sulaiman dan Sri Ram.

Dan beliau menunjukkan keyakinan dalam menghadapi kes pertuduhan Najib itu.

Sulaiman Abdullah dan Gopal Sri Ram
Muhammad Shafee Abdullah



Mungkin Najib kini menghadapi ujian besar dalam hidupnya namun beliau bernasib baik mempunyai seorang peguambela yang berkualiti.

Setakat ini kita belum lihat lagi apa-apa kelebihan pada Sulaiman dan Sri Ram.

Dan tentunya Tommy Thomas yang tidak akan muncul di mahkamah dalam kes Najib.

Apa yang bermain di kepala saya adalah : apakah Tommy Thomas memang satu pilihan yang betul sebagai AG ?








Ahad, 16 September 2018

Anwar Ibrahim Perdana Menteri Pertama Yang Bukan Dari Calon Timbalan Perdana Menteri

Datuk Seri Anwar Ibrahim, bakal Perdana Menteri ke 8 telah mengeluarkan dua kenyataan penting sehari dua ini.

Pertama, semasa menghadiri dialog Singapore Summit 2018 di kota Singa itu beliau menyatakan sekiranya beliau mengambil alih jawatan PM daripada Tun Mahathir kelak - Singapura akan menjadi destinasi lawatannya yang pertama sebagai PM.

Kedua, setelah beliau kembali dari Singapura, beliau menegaskan tidak akan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.  Ertinya, beliau akan terus pegang jawatan PM selepas tempoh 2 tahun Dr Mahathir sebagai PM seperti yang dipersetujui.

..Brader Anwar Ibrahim di Singapore Summit 2018

Kenyataan pertama beliau itu tentulah disambut gembira para pemimpin Singapura. Kerana Dr Mahathir lebih bersikap provokatif terhadap negara jiran itu terutama dalam isu perjanjian air.

Anwar membuat kenyataan tersebut dihadapan para hadirin yang terdiri dari barisan kabinet Singapura, para diplomat dan bekas PM Goh Chok Tong.

Sekiranya benar apa yang diucapkan Anwar itu maka ia adalah sesuatu yang diluar tradisi dalam diplomasi negara sejak merdeka.

Kerana pada tradisinya setiap PM negara yang baru dilantik akan melakukan kunjungan dan lawatan pertamanya ke negara jiran serumpun Indonesia. Itulah yang menjadi tradisi dan amalan sejak zaman Tunku Abdul Rahman hingga zaman Najib Razak.

Begitu juga pada PM ke 7 Dr Mahathir yang melakukan lawatan rasminya pertama keluar negara memilih Indonesia selepas PRU14 Mei lalu.

Dalam konteks ini tentulah Singapura amat menghargai dan mengalu-alukan perlantikkan Anwar sebagai PM ke 8.

Kenyataan kedua Anwar juga amat menarik kerana beliau akan menjadi orang pertama dalam sejarah terus memegang jawatan PM tanpa menjawat sebagai Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu.

Sebelum ini kesemua PM negara ini sebelum dilantik menjadi PM adalah TPM.

Alasan Anwar beliau enggan jawatan TPM kerana beliau tidak mahu isterinya Dr Wan Azizah perlu meletakkan jawatan.

Dr Wan Azizah hanya akan meletakkan jawatan sebagai TPM setelah beliau dilantik secara rasmi PM ke 8.

Inilah yang menarik dan uniknya politik Malaysia diantara negara Asean, malah dunia umumnya.




Sabtu, 15 September 2018

Politik Matang PAS

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang menyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad kini lebih matang jika dibandingkan semasa menjadi Perdana Menteri ke 4 dahulu.

Menurut Hadi, kini setelah menjadi PM buat kali kedua, Dr Mahathir lebih bersikap lunak dengan bersetuju membayar royalti minyak pada Kelantan dan Terengganu. Ertinya, dahulu semasa menjadi PM ke 4, Dr Mahathir berkeras enggan memberi royalti namun kini lebih matang selepas menjadi PM ke 7 dengan mengubah pendiriannya dalam isu royalti pada dua negeri Pantai Timur itu.

Tuan PresiDeng...

Saya bersetuju dengan pandangan Tuan Presiden Pas itu dalam konteks ayat "lebih matang" terhadap Dr Mahathir.

Kerana Dr Mahathir lebih matang lah dia berjaya menjadi PM buat kali kedua dan menjadi PM tertua di dunia.

Kerana lebih matang lah Dr M mampu menjadi strategis politik hebat kerana mampu mengabungkan parti PKR, DAP, Amanah dan Bersatu dibawah satu lambang bagi menjatuhkan regim BN dan Najib Razak.

Kerana lebih matang lah Dr M mampu bertindak di luar jangkaan dengan bergabung bersama seteru politiknya, Anwar Ibrahim.

Begitu juga seteru-seteru politiknya yang lain seperti Lim Kit Siang, Mohamed Sabu, Gobind Singh Deo dan lain-lain lagi.

Semua ini adalah diluar jangkaan serta mengejutkan Najib Razak dan Tuan Presiden Pas sendiri.

Memang Dr M lebih matang dalam usianya 93 tahun.

Walaupun partinya Bersatu hanya mempunyai 13 kerusi Parlimen, namun ia terbukti menjadi "King Maker" dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Jadi, Tuan Presiden Pas, cermin lah diri sendiri dalam melihat kematangan negarawan 93 tahun itu.

Apakah Tuan Presiden kini lebih matang? Atau perasan syok sendiri sahaja?

Sampai bila Pas akan terus kekal sebagai pembangkang dalam Parlimen dengan hanya mampu memenangi 18 kerusi dari 222 kerusi?  Paling banyak kerusi pernah dimenangi Pas adalah 21 kerusi.

Justeru gi mana Pas mahu memperjuangkan Hudud dan hukum Syariah sekiranya semata-mata mahu mendapat bantuan dan meletakkan perjuangan hukum Isle itu di bahu Umno atau Pakatan Harapan??

Kerana jelas sekali Pas tidak punya kemampuan untuk melaksanakannya.

Yang tragisnya, bila kedua parti Umno dan PH tidak menyokong dasar perjuangan Pas, maka depa adalah anti Isle?  Kih. .kih.. kih. .

Barangkali, ini lah politik matang Pas. Hanya mampu 18 kerusi  dari 222 kerusi Parlimen.

Parti-parti lain seperti Umno, Amanah dan Bersatu bagaikan tebusan.  Ketiga parti tersebut mesti ikut telunjuk Pas dalam isu hudud. Sekiranya depa tidak ikut maka Tuan Presiden kata Pas sudah terlepas kewajibannya terhadapTuhan.

Amboi... terlebih-lebih matang  Tuan Presiden...



Isnin, 10 September 2018

Rafizi Ramli Calon Pilihan Anwar Ibrahim

Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan beliau adalah antara beberapa pemimpin tertinggi parti yang terlibat dalam rundingan bagi menentukan di mana Anwar Ibrahim bakal bertanding untuk memberi laluannya ke Parlimen.

Menurut Rafizi, antaranya Dr Wan Azizah dan beberapa orang kanan parti terlibat sama dalam rundingan tersebut.

Anwar Ibrahim

Sebelum ini Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua, antara dua pemimpin tinggi parti memberitahu isu di mana Anwar akan bertanding tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi parti.

Ertinya, Zuraida dan Tian Chua tidak tahu menahu dan mempunyai maklumat tentang isu tersebut.

Tetapi Rafizi secara terbuka memberitahu sebaliknya. Malah Rafizi menegaskan dia tidak akan memberi kenyataan berkait dengan Anwar sekiranya tidak mendapat restu daripada Dr Wan Azizah dan Anwar sendiri terlebih dahulu.

Justeru itu mesej Rafizi adalah dia merupakan orang kepercayaan Anwar dan mengetahui banyak perkara daripada pemimpin parti yang lain.

Malah Azmin Ali sendiri tidak tahu dan tidak pernah memberi kenyataan berkaitan isu tersebut.

Azmin Ali

Begitulah gambaran yang mahu disampaikan Rafizi pada para ahli parti dan umum bahawa dia lah calon pilihan Anwar dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Bagi menguatkan lagi hujahnya, Rafizi mendedahkan bahawa Anwar telah mengadai rumahnya bagi membiayai dana parti dalam PRU14 lalu.

Lebih perit lagi Rafizi mendedahkan betapa Azmin Ali sebagai MB Selangor gagal mendapatkan dana bagi keperluan parti.

Dalam konteks kenyataan terbuka Rafizi ini dengan jelas lagi terang bahawa dia adalah pemimpin pilihan Anwar dan bukan Azmin.

Kerana Rafizi telah menyatakan dia tidak akan membuat kenyataan berkaitan Anwar Ibrahim sekiranya tidak mendapat restu daripada Anwar terlebih dahulu.

Tindakan Rafizi ini sebenarnya mendedahkan pada umum pendirian Anwar yang sebenarnya mengenai calon Timbalan Presiden PKR yang disandang Azmin dan dicabar Rafizi hujung bulan ini.

Rafizi Ramli

Kecuali Anwar perlu memberi reaksi atas kenyataan Rafizi itu. Sekiranya Anwar membisu dan terus berdiam diri maka sah lah dia menyokong Rafizi dan menolak Azmin.

Apa pun perlu diingat sekiranya Azmin berjaya mempertahankan jawatannya dan mengalahkan Rafizi - apa langkah Anwar seterusnya??

Dan Azmin Ali pula setelah berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden parti, apakah kedudukan Presiden menjadi idaman seterusnya?

Bagi menyelamatkan maruahnya, Anwar perlu memberi reaksi betapa semua kenyataan Rafizi itu tidak benar dan merupakan pandangan peribadinya sendiri. 

Ahad, 9 September 2018

Azmin Ali - Rafizi Ramli Mesti Menerima Keputusan Parti

Rafizi Ramli terus agresif berkempen menentang Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR pada hujung September ini.

Misi Rafizi bagi memenangi jawatan nombor dua parti ini adalah untuk memastikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke 8 selepas Tun Dr Mahathir menyerahkan kuasa bila sampai masa yang telah dipersetujui pimpinan tertinggi Pakatan Harapan.

Team Rafizi menuduh Azmin tidak setia pada Anwar dan merancang mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri dengan restu Dr Mahathir.

Dr Mahathir menafikan dia ada merancang untuk menghalang Anwar dan memberi laluan pada Azmin.

Azmin juga menafikan semua tuduhan tersebut. Malah menegaskan dia tetap setia pada Anwar sejak era reformasi lagi sedangkan Rafizi waktu itu masih menuntut.

Azmin dan Rafizi

Setakat ini beberapa pemimpin tinggi PKR secara terbuka memberi sokongan pada Rafizi. Salah satunya ialah Setiausaha Agung parti dan menteri kabinet, Saifuddin Nasution. Selain itu Nurul Izzah anak Anwar berada dalam team Rafizi.

Pertandingan Azmin - Rafizi adalah penting kerana keputusannya akan memberi signifikan besar pada parti, susunan kabinet dan seterusnya kerajaan PH.

Persoalannya, jika Azmin tewas pada Rafizi - apakah Azmin akan terus kekal dalam kabinet sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi?

Memang kedudukan Azmin dalam kabinet adalah hak dan kuasa Perdana Menteri. Namun Dr Mahathir sebagai wakil Bersatu yang mempunyai 13 kerusi perlu menerima pandangan parti-parti gabungan dalam PH, terutamanya PKR.

Secara logiknya sekiranya Azmin tewas maka dia perlu tahu apa langkah yang harus diambil seterusnya.

Begitu juga halnya dengan Rafizi dan anggota teamnya yang telah memberi sokongan secara terbuka.

Misalnya, jika Rafizi tewas - apakah dia akan terus menjadi duri dalam daging dalam parti dengan terus bergerak mahu menjatuhkan Azmin ?


Begitu juga Saifuddin Nasution - apakah dia perlu mempertimbangkan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung PKR dan menteri kabinet?

Saifuddin Nasution Ismail

Adalah tidak adil sekiranya Azmin menang dan dia mahu terus kekal dalam kabinet sedangkan dia secara terbuka tidak menerima Azmin sebagai pemimpin.

Tidak mungkin dua pemimpin parti dalam satu kabinet mempunyai haluan berbeza.

Apakah Azmin dan Rafizi boleh menerima keputusan para ahli dan menghormatinya?

Ini penting bagi memastikan PKR tidak akan berpecah menjadi dua blok atau kumpulan demi mengelak wujudnya parti serpihan semata-mata mahu mencapai impian masing-masing.


Umno - Pas Akan Kekal Sebagai Pembangkang

Sudah tiga kali Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan berturut-turut setelah wakil rakyat yang dipilih pada PRU14 lalu meninggal dunia.

Bermula di Dun Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong. Ketiganya di Selangor.

Di Sungai Kandis, calon Umno kalah ditangan calon PKR. Terbaru calon Pas kalah juga ditangan calon PKR di Seri Setia. Manakala di Balakong, calon DAP menang besar mengalahkan calon MCA. Ertinya, kesemua PRK telah dimenangi calon kerajaan Pakatan Harapan (PH) menewaskan calon pembangkang yang terdiri dari Umno, Pas dan MCA.

Walaupun baru lepas 100 hari PH berkuasa dikritik dan dikecam oleh pembangkang kerana berbagai kelemahan namun ia tetap mendapat sokongan yang jelas dalam ketiga PRK tersebut.

Cuma Umno dan Pas nampak masih belum dapat menerima kenyataan di atas kekalahan tersebut.

Kedua parti tersebut yang secara tidak resmi sudah pun 'bersatu' cuma belum lagi di akad nikahkan.  Hanya menunggu masa!

Barisan pimpinan Umno dan Pas berkempen di Seri Setia

Alasan dan hujah Umno - Pas bahawa mereka berjaya mengurangkan majoriti PH di Sungai Kandis dan Seri Setia sebagai isyarat dan tanda sokongan rakyat pada kerajaan merosot adalah tidak betul. Kedua Dun ini adalah kawasan majoriti Melayu.

Di Balakong, kawasan majoriti Cina, calon MCA kalah teruk.

Sayugia suasana pilihan raya umum dan pilihan raya kecil adalah tidak sama.

Peratusan keluar mengundi merosot hingga tidak sampai 50 peratus. Dan ini memberi kesan pada angka majoriti yang diperolehi calon.

Tambahan lagi umumnya rakyat mulai rasa bosan dengan politik terutamanya mereka baru sahaja mengundi Mei lalu. Sudah tentu mereka lebih memberi tumpuan pada rutin kehidupan mereka berbanding pilihan raya - di mana sebarang keputusan tidak akan menjejaskan dan memberi impak pada kerajaan PH.

Jadi ulasan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa bahawa keputusan di Sungai Kandis dan Seri Setia - walaupun calon Umno dan Pas tewas ia menandakan sokongan rakyat meningkat pada pembangkang adalah mengarut !!

Hujah Annuar adalah undi calon Umno dan Pas meningkat. Manakala undi calon PH merosot jika dibandingkan pada PRU 14.

Sebenarnya dia bercakap bagi menyedapkan dirinya sendiri. Dia masih belum mampu menerima kenyataan dan realiti bahawa Umno sudah kehilangan segalanya selepas PRU 14 lalu.

Dalam sistem demokrasi yang menang tetap menang walaupun majoriti satu undi !

Tan Sri...tidoq lagi ke ? Dah masuk September nih..!

Sekiranya betul rakyat sudah benci dengan kerajaan PH, sekurang-kurangnya calon Umno atau Pas dapat menawan salah satu Dun Sungai Kandis atau Seri Setia baru-baru ini.

Tetapi ia tidak berlaku. Lebih malang lagi Umno dan Pas secara umum menyatakan mereka bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain atas kepentingan bangsa dan agama untuk menumbangkan kerajaan PH.

Selagi mindset ini masih kekal dan tidak mahu menerima realiti saya percaya Umno dan Pas akan kekal bersatu menjadi pembangkang sekurang-kurangnya dalam masa 10 tahun lagi.

Tan Sri, please wake up lah ...!!




Ahad, 2 September 2018

Abdullah Sani Cabar Azmin Ali Dan Zuraida

Ahli Parlimen PKR (Kapar), Abdullah Sani mencabar Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin agar menawarkan kerusi mereka pada Anwar Ibrahim sebagai bukti taat setia dan sokongannya menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir.

Abdullah Sani sebelum ini bersuara lantang menuduh ada konspirasi pihak tertentu mahu menghalang Anwar dari menjadi PM ke 8. Dia juga secara terang menuduh Dr Mahathir tidak akan memberi laluan pada Anwar sebaliknya mahu Azmin sebagai calon PM.

Namun dia memohon maaf pada Dr Mahathir di atas kenyataan terbukanya itu.

Hari ini dia mencabar kesetiaan Azmin dan Zuraida pada Anwar.

Abdullah Sani Abdul Hamid

Anwar telah pun membayangkan dia akan kembali ke Parlimen selewat Oktober ini.

Sebelum ini terdapat banyak tawaran dari ahli Parlimen PKR bagi mengosongkan kerusi mereka masing-masing untuk memberi laluan pada Anwar kembali ke Parlimen seterusnya bersedia mengambil alih jawatan PM dari Dr Mahathir.

Sayugia cabaran Abdullah Sani terhadap Azmin dan Zuraida adalah tidak masuk akal sama sekali. Mereka berdua adalah pemimpin tertinggi parti dan menteri kabinet.

Tidak mungkin mereka begitu naif dan bodoh untuk mengosongkan kerusi mereka.

Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin

Adalah lebih adil dan logik sekiranya Abdullah Sani mencadangkan agar isteri dan anak Anwar iaitu Dr Wan Azizah atau Nurul Izzah mengosongkan kerusi mereka untuk Anwar. Cara itu lebih aman dan harmonis kerana tidak melibatkan orang luar.

Cadangan Abdullah Sani itu lebih pada sentimen anti Azmin dan Zuraida kerana dia penyokong kuat Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Saya sarankan agar Abdullah Sani orang yang paling tepat mengosongkan kerusinya di Kapar bagi memberi laluan pada Anwar dan sekaligus membuktikan kesetiaannya pada bakal PM ke 8 itu. 

Sabtu, 1 September 2018

Dr Mahathir : Seorang Menteri Hanya 10 Pegawai

Perdana Menteri Dr Mahathir telah memutuskan setiap menteri kabinet hanya dihadkan mempunyai tidak lebih dari 10 orang pegawai dan pembantu dibawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Para pegawai dan pembantu yang maksudkan itu seperti Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar dan pembantu-pembantu lain yang berkaitan tugas seorang menteri.

Ini tidak lain sebagai langkah berjimat cermat bajet kewangan negara.

Tetapi ini tidak bermakna Dr Mahathir akan berkompromi tentang soal efisiensi, kompeten dan kekesanan seseorang pegawai dan pembantu itu menjalankan tugas. Walaupun jumlah kecil namun setiap kerja mestilah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.


Cerita dan pengalaman yang berlaku dibawah kerajaan dahulu pimpinan Datuk Seri Najib Razak mestilah dihindarkan. Sehinggakan setiap menteri mempunyai sehingga 35 pegawai dan pembantu !

Najib sendiri sebagai PM ketika itu mempunyai begitu ramai pegawai disekelilingnya. Dan yang menjadi persoalan ramai antara pegawai tersebut boleh dipertikai kompetensi mereka dalam tugas masing-masing.

Ini belum lagi dikira lantikkan "politik" yang dianggarkan sejumlah 17 ribu orang diatas arahan dan kuasa Najib Razak !

Begitu pun umum mengetahui salah satu faktor kekalahan Najib dalam PRU14 lalu ialah kerana kelemahan dan ketidakberkesanan tugas yang dijalankan para pegawai dan mereka yang dilantik secara politik bagi membantunya sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti. Faktor ini adalah salah satu dari banyak faktor kekalahan Najib yang tidak boleh dinafikan sesiapa.

Ramai pegawai dan pembantu  namun kerja tidak berkesan malah banyak menjadi liabiliti pada parti dan Najib.

Justeru itu langkah Dr Mahathir adalah betul dan tepat. Selain dapat menjimatkan kos kerajaan ia juga untuk memastikan apa yang berlaku terhadap Najib tidak berulang dibawah kerajaan Pakatan Harapan.

Lokman Adam : Episod 2 ...

Beginilah Datuk Lokman, kalau berangan sangat nak tengok Umno berkuasa semula melalui pilihan raya umum, lebih baik tumpu sahaja pada dua pilihan raya kecil dewan undangan negeri (DUN)  di Balakong dan Seri Setia di Selangor tidak berapa lama lagi.

Tengok macam mana boleh gak pembangkang menang mengalahkan calon kerajaan Pakatan Harapan.

Namun yang sedihnya Umno tidak pun meletakkan calon dan bertanding di dua Dun tersebut.

Yang bertanding hanya calon MCA di Balakong dan calon Pas di Seri Setia.

Hallo Datuk , why Umno tidak bertanding? Tak ada harapan boleh menang ke?

I say man, kata Umno akan kembali berkuasa sekiranya pilihan raya umum diadakan sekarang.

Komon lah Datuk, tak payah tunggu pilihan raya umum lah.  Lambat lagi.  Kena tunggu lima tahun lagi boss. .. Hehe...

Pilihan Raya Kecil pun Umno tak boleh letak calon di Selangor tu... Adoi... Tak payah sembang lah Datuk. Boleh pi gi dah...

Jangan marah ya!!