Rafizi Ramli telah mencabar bossku Najib Razak berdebat isu Sapura Energy yang menghadapi tindakan bangkrapsi.
Kedua nya mempunyai pandangan berbeza dalam isu kewangan yang di hadapi Sapura.
Najib sambut cabaran debat daripada Rafizi tetapi dengan bersyarat. Syarat tersebut adalah boss Rafizi, Anwar Ibrahim mesti ikut serta dalam debat tersebut. Tambah Najib lagi, dia mahu berdebat dengan Anwar dan Rafizi boleh membantu bossnya dalam debat itu.
Pelik juga Najib bossku ini. Rafizi cabar dia berdebat namun dia heret Anwar pula. Apa masalahnya?
Tidakkah mudah sekiranya Najib terima sahaja cabaran Rafizi itu. Kenapa ada syarat pula? Kan mudah dan menyenangkan kedua pihak. Nampak sangat Najib buat alasan.
Dalam Prn Johor tempoh hari sama juga plot ceritanya bila Azmin Ali mencabar Najib berdebat dengannya dalam isu Felda.
Jawaban Najib, dia mahu Muhyiddin ikut serta debat tersebut. Najib mahu berdebat dengan Muhyiddin dan mahu Azmin membantu bossnya itu masa berdebat.
Hello Najib, what is wrong with you? What is your problem? Gila ke apa?
Orang cabar debat dia jawab boleh tetapi boss kamu mesti ikut serta.
Azmin telah jawab dengan tegas Najib boleh debat dengan dia tanpa mengheret Muhyiddin. Sebab Azmin sebagai menteri yang urus soal Felda.
Kenapa Najib pusing-pusing cari alasan ? Sekiranya Azmin dan Rafizi cabar berdebat, jawab sahaja secara terus terang dan direct.
Terima debat atau tidak. Apa pasal heret nama orang lain yang tidak berkaitan. Nampak sangat Najib nak auta.... belit.
Jawab sahaja boleh atau tidak?
Kalau ini cara Najib, nampak sangat dia mahu mengelak dari berdebat. Cantikkk...
Sekiranya saya berada ditempat Azmin dan Rafizi, saya akan beri respons pada Najib bossku begini : Boleh bossku. Tetapi syarat bossku mesti bawa sekali Rosmah dalam debat tersebut supaya Kak Ros boleh, " Can i advise you? ".
Apa macam bossku Najib? Boleh atau tidak??
P/S.
Dulu Najib dua kali lari tidak hadir program debat dengan Dr Mahathir dalam Forum Nothing To Hide. Pandai dia cari alasan macam-macam.
Atok pun dia kelentong. Inikan Azmin dan Rafizi.
Tepukkkkk.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan