Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir berbincang mengenai kemungkinan parti Bersatu dan Pejuang bekerjasama bagi menghadapi Pru 15.
Ini sesuatu yang tidak mengejutkan. Selepas Prn Melaka, Sarawak dan Johor pencapaian kedua parti tersebut amat mengecewakan. Bersatu kalah teruk di Melaka dan Johor. Manakala Pejuang kesemua calonnya hilang deposit .
Jelas Dr Mahathir dan Muhyiddin telah hilang kepercayaan dikalangan para pengundi. Mereka tidak memberi sebarang impak lagi seperti dalam Pru 14 dahulu.
Tetapi itulah SOP para politikus mereka bermusuh pada satu masa dan dimasa yang lain mereka mencari jalan mendapatkan oksigen untuk terus hidup dan kekal relevan.
Apa pun helah Dr Mahathir dan Muhyiddin bagi menyelamatkan parti masing-masing, mereka tidak akan berjaya. Rakyat sudah bosan dengan permainan dan janji-janji manis.
Mahathir dan Muhyiddin telah pun mendapat peluang mendapat kuasa di Putrajaya, namun mereka berdua telah mensia-siakan peluang tersebut.
Mahathir menjadi PM selama 22 bulan. Manakala Muhyiddin mencatat sejarah paling pendek selama 18 bulan.
Sudah sampai masa kedua tokoh ini berundur diri dari politik.
Mahathir sudah pun 96 tahun. Mustahil masih mahu terus aktif. Manakala Muhyiddin tidak usah bermimpi bagi mencapai impian hati kecilnya untuk menjadi PM buat kali kedua. Tidak mungkin. Dan ia hampir mustahil.
Kedua tokoh ini terpaksa menelan pahit dan menerima hakikat bahawa mereka tidak mampu mengatasi populariti Najib Razak yang digelar pencuri, penyamun dan penyangak.
Begitulah sistem nilai di Malaysia. Semuanya terbalik dan tungang langang. Yang dituduh dan didapati bersalah di mahkamah dipuja dan begitu popular.
Mahkamah seolah dipandang sepi dan tidak lagi dihormati. Yang menjadi hakim mahkamah adalah rakyat.
Rakyat adalah hakim negara.
Apa yang dibicarakan dan diputuskan dalam mahkamah seolah tidak relevan.
Yang relevan adalah media sosial.
Media sosial telah berjaya mengatasi supermasi mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan