Semasa berkunjung ke Patani, Selatan Thailand beberapa minggu lalu saya singgah minum petang di sebuah cafe yang begitu cantik dan selesa.
Sweet Yellow Cafe yang terletak dipinggir jalan dalam jarak sekitar 1.5 km dari bandar Patani. Menunya berasaskan makanan ala barat.
Ruang makan berhawa dingin. Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menikmati udara di luar yang dihiasi pokok-pokok yang meredupkan suasana. WiFi percuma disediakan.
Cafe ini dimiliki orang muslim yang mempunyai pengalaman bekerja di England. Mungkin pengalaman itu menjadikan cafe ini kelihatan ala-ala Inggeris.
Saya sempat menikmati kopi panas dan dua keping sandwich.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan