SULTAN Johor semasa merasmikan Dewan Negeri ke 13 pada Mei lalu bertitah agar kerajaan pusat membuat rayuan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai kes Pulau Batu Puteh yang kini menjadi milik Singapura.
Pada Mei 2008, ICJ telah membuat keputusan pulau yang dipenuhi dengan batu itu bukan milik Malaysia berdasarkan ia dibangunkan dan dibawah kawal selia republik itu sejak sekian lama. Sedangkan pada hakikat sejarah Pulau Batu Puteh adalah dibawah takluk jajahan Kesultanan Johor.
Malaysia kalah dalam kes ini disebabkan faktor ia adalah dalam kawalan dan penguasaan Singapura begitu lama sejak 1900. Bagaimanapun, ICJ membuat keputusan, Terumbu Karang Tengah atau Middle Rocks menjadi milik Malaysia. Dan satu lagi Tubir Selatan atau South Ledge akan ditentukan kemudian berdasarkan pulau atau perairan mana yang berdekatan.
Menurut laporan jarak antara Pulau Batu Puteh dan Terumbu Karang Tengah adalah terlalu hampir seperti ibarat melontar batu boleh sampai ke kawasan satu lagi. Ia terlalu dekat. Ertinya, segala aktiviti yang berlaku di Pulau Batu Puteh dapat dilihat dengan jelas dari Terumbu Karang Tengah.
Sebab itu lah selepas ICJ membuat keputusan, bekas Menteri Luar Singapura Prof. S.Jayakumar, meluahkan rasa kesal Terumbu Karang Tengah gagal menjadi milik Singapura. Manakala Menteri Luar Malaysia ketika itu Dr Rais Yatim, menyifatkan keputusan ICJ sebagai "Win-win" pada kedua pihak.
Seperti biasa selepas kes ini menjadi liputan meluas dan mendapat berbagai reaksi dikalangan rakyat, maka timbul pula tentang perihal nasib sebuah pulau lagi iaitu Pulau Pisang yang berada diperairan Johor yang terletak 5km dari bandar Benut, Pontian. Di pulau itu terdapat sebuah Rumah Api.
Apakah pisang akan berbuah dua kali ? Ini berdasarkan sehingga kini Pulau Pisang yang tidak berpenghuni mempunyai sebuah Rumah Api yang dikawal selia oleh kerajaan Singapura. Singapura mengakui pulau itu adalah milik Malaysia. Namun segala aktiviti dan seliaan pulau itu adalah dibawah kawalan republik itu. Dan ia adalah kawasan larangan.
Menurut penduduk berdekatan ada melihat kerja-kerja pembesaran dan pelebaran tanah disekitar kawasan Rumah Api itu. Di pulau itu juga terdapat kemudahan bagi helikopter mendarat.
Sekiranya kerajaan Malaysia tidak berbuat apa-apa untuk membuktikan penguasaannya terhadap kedaulatan Pulau Pisang dengan terus membiarkan Singapura menguasainya, maka tidak mustahil Pulau Pisang akan menerima nasib yang sama seperti Pulau Batu Puteh.
Dalam kes Pulau Batu Puteh seperti juga dalam kes tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan; faktor penguasaan dan seliaan disatu pihak akan menentukan hak pemilikkan.

Rumah Api |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan