Khamis, 30 November 2017
Sabtu, 18 November 2017
Bila Pilihan Raya? Lambat lagi ke?
Kali ini Najib menimbulkan isu Dr Mahathir yang berkuasa selama 22 tahun tidak pernah melawat sebuah hospital swasta yang dimiliki masyarakat Cina.
Berbeza dengan beliau yang datang melawat dan memberi bantuan sebanyak rm3 juta untuk hospital tersebut.
Begitulah usaha Najib cuba merendahkan dan menempelak Dr Mahathir sebagai musuh utama politiknya.
Jelas cara itu nampak sangat beliau dalam keadaan tertekan. Kata-kata yang keluar daripada mulutnya serta perbandingan yang beliau cuba gambarkan lebih menyerlahkan betapa rendah martabatnya sebagai seorang Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Perbandingan isu lawatan ke hospital swasta Cina itu tidak memberi sebarang manfaat dan impak langsung pada rakyat khasnya masyarakat Cina.
Ianya sekali lagi satu bukti cara Najib menggunakan "Cash Is King" bagi meraih sokongan dan simpati.
Najib lupa orang Cina lah yang menyokong Dr Mahathir memenangi majoriti dua pertiga dalam Parlimen selama 22 tahun berkuasa.
Cara Najib ini tidak lebih hanya membuktikan beliau hanya standard dan sama level dengan politikus seperti Noh Omar, Jamal Nasi Free dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.
Bila pilihanraya ni? Lambat lagi ke?
Hehe...
Rabu, 25 Oktober 2017
Sikap Mudah Lupa
Duit 9.5 juta itu dikatakan dari dana SRC yang mempunyai kaitan dengan 1MDB. Peguam yang berprofil tinggi itu mungkin ingin mengikuti langkah pahlawan Bugis yang mahu menyaman The Wall Street Journal (WSJ) ekoran laporan tentang 1MDB.
Bugis itu janji akan saman WSJ pada hari Selasa sejurus laporan itu diterbitkan. Dan sehingga kini sudah beribu hari Selasa, satu habuk pun tarak. Kelabu asap.
Ini pun kes mengharapkan orang akan lupa begitu sahaja. Melayu memang mudah lupa.
Berita terkini Timbalan Perdana Menteri yang berasal dari Jawa menyatakan di Parlimen bahawa kes Jho Low ditutup dan polis tidak dapat mengesan di mana dia berada.
Jho Low yang sudah dikenali seluruh dunia sebagai arkitek dalam skandal 1MDB yang melibatkan berbillion wang dicuri dan dibelanjakan untuk bermewah-mewah sebagai harta peribadi.
Dia kini dalam pelarian. Diberitakan kehidupannya kini hanya di atas kapal layarnya yang serba mewah. Sekiranya mendarat dan silap haribulan dia bakal ditahan.
Dilaporkan kapal layarnya itu sekejap berada di lautan lokasi berdekatan dengan Hong Kong dan Filipina. Terbaru ia berada dilokasi berhampiran pulau di Acheh.
Dalam konteks melayu mudah lupa dengan hampirnya Bajet 2018 sudah tentu banyak berita yang akan mengembirakan seluruh rakyat yang kini ditekan dengan segala kos meningkat dan terus naik tinggi.
Justeru Pru 14 boleh diadakan dalam suasana mood bajet dan tentunya sikap mudah lupa terhadap isu-isu yang mengancam rakyat dan negara.
Khamis, 12 Oktober 2017
Kassim Ahmad
Kassim Ahmad telah pun meninggal dunia dalam usia 84 tahun.
Seorang tokoh pemikir, ahli akademik, intelektual, penyair dan pengarang yang disegani.
Allahyarham dikenali umum sebagai tokoh anti hadis melalui bukunya yang diharamkan - Hadis Satu Penilaian Semula.
Saya baca buku tersebut bagi memahami apa isi kandungan buku itu dan pemikirannya.
Saya bukan pentaksub Kassim Ahmad dan pengikutnya. Tetapi mengkagumi keberaniannya dalam mempertahankan apa yang diyakininya secara rasional dan ilmiah. Hujah balas dengan hujah.
Saya tidak mengenali dirinya apa lagi pernah bertemu. Namun saya mengikuti perkembangan dan hasil karya buku-bukunya.
Dan paling saya tidak akan lupa dan kekal dalam kenangan adalah suratnya yang terbit dalam akhbar Berita Harian, 1985, menegur pandangan dalam satu rencana saya yang menyentuh peribadinya.
Isnin, 9 Oktober 2017
Ahad, 8 Oktober 2017
Ulasan Sukan
Saya sudah lama tidak membaca dan membeli akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia. Satu ketika dahulu setiap Ahad, Mingguan mempunyai nashkah Pancaindera sebagai sisipan di dalamnya. Tidak pasti adakah nashkah Pancaindera itu masih kekal.
Dahulunya dalam setiap keluaran hari Ahad selain halaman hiburan ia diisi ruangan Sukan.
Saya perhatikan setiap minggu ruangan sukan itu diisi dan ditulis oleh pengarang sukan akhbar itu sendiri atau para wartawan Utusan. Saya kira tiada penulis luar yang menyumbang rencana sukan dalam halaman tersebut.
Jadi saya mencuba dan memberanikan diri menghantar beberapa rencana sukan kepada pengarang sukan waktu itu - tahun 1985.
Saya menulis dan mengulas tentang sukan kerana ia adalah mudah disamping saya pula meminati sukan bolasepak.
Akhirnya saya gembira kerana dua ulasan tentang isu bolasepak disiarkan.
Sabtu, 7 Oktober 2017
Sweet Yellow Cafe
Khamis, 5 Oktober 2017
Menulis Tanpa " By Line "
Anugerah Kartunis
SATU rencana telah diterbitkan dalam Berita Harian pada 13 Jun 1985, ruangan Sastera dan Budaya.
Dalam rencana itu saya membangkitkan betapa di negara kita mempunyai berbagai anugerah. Anugerah Sastera, Wartawan, Cerpenis dan lain-lain lagi. Namun tiada pula anugerah pada para kartunis. Sedangkan kita mempunyai ramai kartunis yang hebat dan berbakat besar.
Saya kira itu adalah sumbangan kecil dan sokongan saya terhadap para kartunis tempatan yang tidak kurang hebatnya berbanding para kartunis antarabangsa.

