Isnin, 19 Ogos 2013

Imbasan dahulu...kalau lah

CUBA bayangkan sekiranya bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam tidak meletakkan jawatan pada 1986. Tengku Razaleigh Hamzah tidak bertanding jawatan Presiden Umno menentang Dr Mahathir Mohamad. Dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba tidak mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dikosongkan Tun Musa.

Begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak begitu tergesa-gesa mendaki tangga dalam parti sehingga melangkaui para pemimpin Umno yang lebih senior darinya seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tan Sri Sanusi Junid.
Musa dan Mahathir ketika kerajaan 2M

Hari ini mungkin Datuk Seri Najib Razak masih lagi menduduki tangga sebagai Naib Presiden parti di samping Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kalau pun Dr Mahathir bersara pada 2003, penggantinya adalah Tun Musa Hitam sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno. Tengku Razaleigh pula jika bersabar sedikit boleh mengisi jawatan Timbalan Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Sekiranya ini berlaku maka Tun Abdullah, Anwar dan Najib berada dibarisan ketiga parti iaitu Naib Presiden.

Para pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi, Hishamuddin Tun Hussein dan lain-lain layaknya hanya berada di kerusi Ahli Majlis Tertinggi parti. Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir bolehlah jadi anggota Exco Pemuda Umno.

Inilah bayangan sekadar Mat Jenin yang tidak mungkin berlaku. Masa tidak akan berputar dan berpatah balik. Hanya hakikat parti Umno kini sudah tidak sekuat dahulu lagi seperti pada awal 80an.

Umno bukan sahaja dimusuhi parti pembangkang tetapi juga kini diragui kepimpinannya dari kalangan orang melayu sendiri yang telah memberi sokongannya selama ini.

Sebahagian besar orang melayu memilih Umno dalam PRU13 lalu kerana mereka tidak ada pilihan. Mereka curiga dan takut pada Pas, PKR dan DAP.

Namun kini seolah kepimpinan Umno dibawah Najib telah kehilangan arah dalam proses transformasi politik yang berlaku dalam negara. Adakah Umno akan terus perjuangkan kepentingan melayu atau mengalami perubahan sesuai dengan peredaran zaman ?

Inilah ujian besar dihadapi Najib pada pemilihan Umno Oktober ini. Kepimpinannya mula dipersoalkan di kalangan ahli akar umbi. Apa pun Najib bernasib baik kerana sehingga kini tidak ada calon yang benar-benar mampu mengambil alih teraju Umno.

Terbayang angan-angan jika lah selepas Dr Mahathir bersara pada 2003, maka Tun Musa sebagai penggantinya adakah begini keadaan dan kekuatan Umno ?

Tun Musa adalah dikira paling layak dan paling sesuai berbanding Ku Li, Badawi, Anwar malah Najib.

Kalau lah......


Khamis, 15 Ogos 2013

Datuk Seri Musa Aman ada peluang menang Naib Presiden

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan bertanding merebut salah satu dari tiga jawatan Naib Presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno (PAU) Oktober ini.

Setakat ini hasrat Datuk Seri Musa itu mendapat reaksi dan sokongan positif dari kalangan pemimpin Umno negeri dan ahli akar umbi. Musa pernah menarik diri dari bertanding jawatan Naib Presiden dahulu dan hanya bertanding kerusi Ahli Majlis Tertinggi sahaja.
Datuk Seri Musa Aman

Tetapi kali ini dia pasti bertanding bagi jawatan Naib Presiden. Apatah lagi Umno/BN di Sabah bawah pimpinannya telah memberi kejayaan dan sumbangan besar pada parti menubuhkan kerajaan pusat pada PRU13 lalu.

Secara tradisinya para ahli Umno akan memberi ruang atau satu jawatan tertinggi parti untuk wakil dari Sabah sebagai satu pengiktirafan di atas sumbangan mereka. Dan ini terbukti bila Datuk Shafie Apdal adalah salah seorang penyandang Naib Presiden sekarang.

Dengan penyertaan Musa dalam jawatan Naib Presiden kali ini akan menjejaskan sedikit peluang Datuk Shafie dalam mempertahankan jawatannya. Adalah tidak mungkin dua wakil Sabah akan menduduki jawatan Naib Presiden sekaligus.

Dalam kontek ini Musa lebih berpeluang jika dibandingkan dengan Shafie. Shafie telah pun sepenggal menjadi Naib Presiden. Sudah tentu para perwakilan akan memberi peluang pada Musa pula yang boleh dianggap lebih berpengaruh di kalangan ahli Umno Sabah.

Datuk Shafie Apdal sepanjang menjadi Naib Presiden merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar bukannya tidak berjasa dan memberi sumbangan namun secara keseluruhan prestasinya adalah tahap biasa dan tidak ada apa yang luar biasa rekod kerjanya.
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Seri Musa sekurang-kurangnya telah membuktikan keberkesanan kepimpinannya di Sabah dengan kemenangan majoriti dua pertiga di DUN dan memenangi 22 kerusi dari 25 kerusi Parlimen yang ditandingi pada PRU13 lalu serta memberi sumbangan besar pada Umno untuk terus kekal di Putrajaya.

Cuma mungkin kekurangan Musa ialah dia bukan ahli Parlimen. Seorang Naib Presiden yang bukan ahli Parlimen akan menutup peluangnya bagi mengisi jawatan nombor dua kerajaan pusat sekiranya berlaku kekosongan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pendapat seorang pembaca Anon: tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang dipetik dalam blog OutSyed The Box.


i dont know what la this fixation dengan aljuburi.



pandai sandiwara aja.

apa dia tahu pasal ekonomi, pengurusan, national development ? seriously ?

everything he usik jadi tahi. education system, 'pengislaman', crisis management in 1997/1998 - nasib baik tak hutang IMF.

cannot even lead a credible opposition now.

just look beyond the rhetoric. korrrrrupssyyyyen, melalak menyanyi atas pentas....the victim hard done by the system.

he started money politics in umno, he started kronisme and then point fingers to others. and he will suck up to neocon zionists.

pseudo intellektual...konon la.'asian renaissance' - i cudn't get beyond 2 pages before getting lost in some over-complicated language orang sastera..


kmon melayu..pls do away with this desire to be led by fools. - end

p/s: Bukunya The Asian Renaissance seperti juga buku terbaru Tun Abdullah Ahmad Badawi ditulis oleh orang lain dan bukannya dari hasil penanya sendiri.

Sabtu, 3 Ogos 2013

Ustaz Kazim Elias jawab Nik Aziz

Ustaz Kazim Elias
Lihat apa yang beliau jelaskan. Dia sapu bersih.....


Khamis, 1 Ogos 2013

Teguran Tan Sri Annuar dulu betul

TEGURAN Tan Sri Annuar Musa lebih setahun lalu terhadap prestasi Harimau Malaya dibawah jurulatih Datuk K. Rajagobal kini telah pun terbukti benar. Kerana teguran itu juga beliau dikenakan hukuman oleh FAM dan dilucutkan jawatannya sebagai salah seorang Timbalan Presiden FAM dan semua jawatan bersabit dengan badan itu.

Tan Sri Annuar telah membidas Rajagobal setelah pasukannya gagal menghasilkan keputusan yang positif selepas sahaja kita menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. Sejak kita menang AFF di Jakarta itu prestasi Harimau Malaya jatuh merudum. Kita gagal dari satu perlawanan ke perlawanan kelayakan lainnya seperti Kelayakan Piala Dunia, Zon Asia dan beberapa perlawanan jemputan dan persahabatan.

Bagi Annuar, sebagai juara AFF, Harimau Malaya perlu terus mencipta kemenangan dan menghasilkan keputusan positif dalam setiap perlawanan yang dihadapinya. Tetapi itu tidak berlaku, malah kekalahan demi kekalahan yang memalukan terutama dalam perlawanan persahabatan melibatkan pasukan seperti India dan Bangladesh.

Namun setiap kali teguran itu FAM terus mempertahankan K. Rajagobal. Masalah besar Rajagobal pula dalam mengendalikan Harimau Malaya ialah sikapnya yang suka bereksperimen dalam pemilihan para pemain.

Boleh dikatakan sikapnya ini telah mendapat kritikan dari semua pihak termasuk dari Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Beberapa bekas jurulatih dan pemain kebangsaan juga melahirkan tidak puas hati cara Rajagopal memilih para pemain dalam pasukannya.

Ada ramai pemain yang berpotensi tidak dipanggil untuk disenaraikan dalam pasukan Harimau Malaya. Rajagobal juga dianggap tidak mempunyai hubungan terus dengan para jurulatih negeri bagi mendapat maklumat tentang seseorang pemain itu.
Datuk K.Rajagobal

Kini isu semakin panas dengan hasil keputusan perlawanan persahabatan di Jepun yang begitu mengaibkan setelah ditewaskan 0-5 sebanyak dua kali berturut-turut dengan hanya pasukan kelab divisyen dua !

Apakah wajar semua pihak terutama FAM sanggup terus berdiam diri tanpa apa-apa tindakan ? Adakah perlu kita terus diaibkan dalam perlawanan seterusnya ?

Sekiranya ini berlaku di Eropah, malah di rantau Asia sendiri kedudukan Rajagobal sudah pun diputuskan lebih awal bagi menyelamatkan maruah negara dan pasukan.

Adalah lebih baik Rajagobal membuat keputusan berundur dari ia dipecat. Lagi pun kontraknya dengan FAM akan tamat pada Disember ini. Harapannya untuk terus kekal sebagai jurulatih adalah mustahil.

Harimau Malaya boleh bangkit dengan syarat ia dikendalikan oleh jurulatih baru yang mempunyai idea yang lebih segar.




Khamis, 25 Julai 2013

Janji di capati...

Kerenah penyokong Pas



Datuk Mukhriz azam bawa Kedah kembali gemilang

DENGAN perlantikkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri (KFA) memberi harapan pasukan Hijau Kuning itu akan kembali bersaing menjadi salah sebuah pasukan gergasi dalam Liga Malaysia.

Datuk Mukhriz berazam mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Hijau Kuning yang telah menjuarai beberapa kali Piala Malaysia dan Piala FA di era 80 dan 90an.

Dibawah pimpinan Allahyarham Datuk Basri Akil, Kedah pernah mencapai tahap kemuncak dalam Liga M dan menjadi salah sebuah pasukan disegani. Antara jurulatih tempatan yang berjaya meraih kejayaan bersama Kedah ialah Hj Ahmad Shafie dan jurulatih import Robert Alberts yang kini membimbing pasukan Sarawak.

Namun kini pasukan Kedah adalah antara pasukan yang tercorot dalam Liga M.

Datuk Mukhriz mungkin boleh mengambil inspirasi dari Tan Sri Annuar Musa yang telah berjaya menaikkan imej Kelantan menjadi sebuah pasukan yang berjaya di negara ini. Kelantan juga mengalami zaman suram dalam bolasepak sebelum ini sehingga pernah jatuh ke Liga Kelab FAM.

Berkat usaha gigih Tan Sri Annuar, Kelantan kini telah memenangi hampir kesemua Piala berprestij di negara ini. Bahkan pasukan yang digelar The Red Warriors itu berjaya mendapat penajaan dari beberapa korporat besar tempatan.

Kini KFA di bawah pimpinan Datuk Mukhriz mempunyai masa depan yang cerah untuk kembali bersinar seperti di zaman kegemilangan " Pulun Kedah Pulun" itu.

BN kekal di Kuala Besut



Komen : Tunggu dengar alasan kekalahan calon Pas dari para pemimpin parti itu.
              Cuma harap Pas dan rakannya dalam Pakatan tidak akan adakan demo dan
              himpunan haram membantah SPR sebagai ejen Umno dan sebagainya.

             Masa untuk langkah ke depan.



Rabu, 24 Julai 2013

PRK Kuala Besut : BN menang

SEPERTI yang dijangka calon BN menang dan mengekalkan kerusi DUN Kuala Besut dengan majoriti yang bertambah sedikit. Dalam PRU13 BN menang dengan majoriti 2,434 undi. Kali ini calon BN, Tengku Zaihan memperolehi 8,288 undi mengalahkan calon Pas, Che Long, 5.696 undi. Majoriti 2,592 undi. Undi BN meningkat 158 undi.

Bagi BN kemenangan ini disambut dengan biasa dan rasa insaf serta rendah diri untuk meneruskan tradisi membela rakyat dan menunaikan segala janji semasa kempen PRK.

Kedudukan kerajaan negeri kini kembali BN 17- PR 15. Impian Pas untuk menjadikan kedudukannya 16-16 di DUN tidak tercapai. Ia membuktikan sekali lagi bahawa para pengundi yang majoritinya orang melayu di Kuala Besut menolak Pas.

Segala janji dan retorik para pemimpin Pas semasa berkempen tidak berjaya memikat hati para pengundi. Ini termasuklah janji royalti minyak yang menjadi modal besar Pengarah PRK Pas, Datuk Husam Musa.

Apa yang menarik untuk diperhatikan ialah reaksi dan respon dari Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai kekalahan Pas dalam pilihan raya ini. Kerana sebelum ini Nik Aziz banyak memperlekeh dan merendahkan parti Umno sebagai tidak Islam dan perlu ditolak oleh para pengundi, terutama di Kuala Besut.

Dengan kalahnya calon Pas, apa lagi alasan Nik Aziz untuk memperkecilkan Umno dan mengakui kelemahan parti Pas yang jelas tidak mendapat sokongan majoriti orang melayu.

Apakah beliau akan beri alasan bahawa SPR menipu lagi dalam PRK Kuala Besut itu ? Atau dia akan berdalih bahawa bulan ini bulan puasa dan SPR tidak sepatutnya mengadakan PRK ketika ini.

NikAziz boleh beri seribu dalih, seribu alasan bagi menutup kelemahan Pas dan pimpinannya. Pada hakikatnya Pas tidak mendapat sokongan dari orang-orang melayu.

Politik Pas hanyalah memberi keuntungan pada parti DAP dan PKR. Pas tidak lebih sebagai kuda tunggangan dalam Pakatan Rakyat.

Kemenangan Pas hanya 21 kerusi Parlimen dalam PRU13 lalu adalah bukti nyata.


16th Century Bridge In Mostar, Bosnia & Herzegovina