| Shin Tae Yong |
Isnin, 20 Disember 2021
Piala AFF Suzuki. Indonesia Lebih Berkualiti Dan Layak Menang
Isnin, 29 November 2021
Tengku Razaleigh Hamzah Berundur Dari Politik
Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li akhirnya memberi bayangan tidak akan bertanding lagi dalam Pru15 akan datang. Ertinya, Ku Li akan terus bersara dari dunia politik setelah menjadi ahli Parlimen paling lama sejak 1974.
Sudah menjadi rahasia umum Ku Li, 84 tahun mempunyai cita-cita dan impian untuk menjadi Perdana Menteri sejak zaman Tun Razak lagi.
| Tengku Razaleigh Hamzah |
Namun impian itu tidak tercapai. Tun Razak merupakan tokoh yang membawa Ku Li masuk politik dan melatihnya sebagai salah seorang calon PM negara ini.
Selepas Tun Razak meninggal dunia, Hussein Onn mengambil alih jawatan PM. Ketika itu orang semua tertumpu pada Ku Li akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana beliau adalah Naib Presiden Umno paling kanan. Dua orang lagi adalah Tun Ghafar Baba dan Dr Mahathir.
Dari segi kedudukan dalam parti maka Ku Li berhak dipilih sebagai TPM.
Namun Tun Hussein Onn melakukan kejutan dengan memilih Dr Mahathir, Naib Presiden Ketiga untuk menjadi Timbalannya.
Ku Li kecewa. Tetapi beliau boleh menerima keputusan tersebut kerana masa itu beliau masih muda dan seolah ada perjanjian mulut bahawa bila Tun Hussein berundur dan Dr Mahathir menjadi PM, beliau akan dilantik menjadi TPM.
Namun bila Dr Mahathir menjadi PM beliau tidak memilih Ku Li sebagai Timbalannya, sebaliknya menyerahkan pada perwakilan Umno mengundi dalam pertandingan satu lawan satu dengan Tun Musa Hitam.
Menariknya, Dr Mahathir mengambil langkah menyokong Tun Musa Hitam secara terbuka dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Umno itu dalam tahun 1981.
Lebih menarik lagi tokoh tokoh seperti Anwar Ibrahim, Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan tokoh besar lain menyokong Tun Musa kerana mereka pendokong tegar Dr Mahathir. Hanya Ghafar Baba secara terbuka menyokong Ku Li.
Ku Li tewas dengan lebih 200 undi.
Ku Li juga tewas kali kedua dengan Tun Musa tiga tahun kemudian dengan jumlah undi hampir sama.
Begitu lah seterusnya pada era Abdullah Badawi dan Najib Razak, Ku Li semakin tersisih dan pengaruhnya dalam parti semakin lemah.
Akhir sekali harapannya untuk menjadi PM hancur lebur bila cakap-cakap calon PM yang bakal dipilih oleh SPB Yang Di Pertuan Agong ketika kerajaan Muhyiddin jatuh. Nama Ku Li adalah antara yang tersenarai selain dari Anwar Ibrahim dan Ismail Sabri Yaakob.
Jadi berdasarkan urutan dan rentetan liku-liku perjalanannya sebagai antara bakal calon PM sudah sampai ke penghujungnya.
Sudah sampai masa beliau berundur diri. Dari segi faktor usia dan suasana politik sekarang beliau tidak mungkin menjadi PM pada masa hadapan. Tidak mungkin.
Apapun beliau akan terus diingati dan dikenang dalam lipatan sejarah politik di Malaysia sebagai seorang tokoh Umno yang telah berjasa dan mewarnai sejarah politik Umno khususnya dan negara amnya.
Selamat bersara Ku.
Ahad, 31 Oktober 2021
Rakyat Melaka Tidak Perlu Pilihan Raya
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini sepatutnya tidak diteruskan.
Kerajaan pusat dan Perdana Menteri mempunyai kuasa membatalkannya atau menangguhkan sehingga pada satu masa yang sesuai.
Tetapi nampaknya kerajaan tidak bersungguh-sungguh mahu ia ditangguhkan.
Kenapa PRN Sarawak boleh ditangguhkan sebelum ini. Begitu juga isu kerajaan pusat bawah pimpinan bekas PM Muhyiddin Yassin yang hilang majoriti di Parlimen.
Pilihan Raya Umum tidak diadakan selepas kabinet Muhyiddin jatuh.
Hanya berlaku peralihan kuasa PM membentuk kerajaan yang baru ditubuhkan dengan sokongan majoriti ahli parlimen.
Kenapa perkara ini tidak berlaku di Melaka?
Kita baru sahaja berjaya memasuki fasa endemik dengan kes covid dan kes kematian semakin menurun.
Mengapa kita tidak belajar dari apa yang berlaku di Sabah?
Rakyat Melaka secara keseluruhannya tidak mahu dan tidak bersetuju dengan keputusan orang politik yang bernafsu sangat mahukan satu PRN.
Mereka baru sahaja mula merasai kehidupan bebas setelah berkurung dengan segala PKP dan SOP selama ini.
Yang berniaga dan bekerja secara kais pagi makan pagi, baru mahu memulakan kehidupan secara normal seperti sebelum masa covid.
Dengan PRN yang bakal menjelang tidakkah risiko penularan kes covid kembali menghantui kehidupan mereka.
PM Ismail Sabri boleh sekiranya dia mahu dengan menasihatkan SPB Yang Di Pertuan Agong membatalkan PRN ini. Dan langkah seterusnya menubuhkan satu kerajaan sementara atau peralihan sehingga situasi kes covid dalam negara dapat dilandaikan ke paras 2 digit.
Namun orang politik sebenarnya lebih mementing kedudukan mereka daripada memikirkan nasib rakyat marhaen yang begitu teruk terjejas kehidupan mereka kesan dari covid 19.
Yang lebih membingungkan lagi adalah segala macam halangan dan peraturan diadakan sepanjang kempen PRN di Melaka.
Antaranya dilarang membuat perhimpunan semasa kempen, larangan itu dan ini sehingga tidak memberi sebarang erti bagi semua calon yang bertanding.
Namun yang tentunya calon kerajaan mempunyai kelebihan kerana mendapat liputan media eletronik dengan meluas jika dibandingkan dengan calon parti pembangkang.
Dan ini sudah pasti tidak adil dan berlawan di atas padang yang tidak rata.
Bagi saya PRN Melaka ini tidak perlu dan satu pembaziran dalam semua aspek. Apa lagi ianya membahayakan kehidupan rakyat Melaka seluruhnya dari ancaman covid.
Negara jiran kita Singapura kini sedang menghadapi gelombang dan peningkatan kes baru covid secara mendadak. Sedangkan sebelum ini Singapura berjaya mengawal dengan begitu berkesan dan mendapat pujian dunia dalam melandaikan kes covid.
Kini Singapura sedang berhempas pulas dengan kenaikan kes secara mendadak.
Apakah ini tidak akan berlaku di Melaka dengan berlangsungnya PRN pada 20 November ini??
Sebenarnya kita mencari penyakit ! Rakyat Melaka tidak perlu dan tidak mahu pilihanraya.
Mereka perlu bekerja mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.
Bukan seperti orang politik, semuanya buaya dan penyamun!!
Khamis, 30 September 2021
Fasa Endemik dan Exit Plan
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, berkata semua agensi penguatkuasa sudah bersiap sedia sekiranya sempadan dibuka bagi rakyat Malaysia keluar negara dan menerima kunjungan para pelancong luar.
Menurutnya, bila negara sudah masuk ke fasa endemik dan dengan SOP yang akan dikeluarkan nanti pihak polis, imigresen, kastam dan lain-lain bersiap sedia menunaikan peranan masing-masing.
Sekarang kita masih dalam fasa pandemik covid 19. Menurut Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan, negara akan memasuki fasa endemik selewat-lewatnya akhir Oktober ini. Ertinya kita memasuki fasa baru iaitu hidup bersama-sama covid dengan SOP yang mudah tetapi ketat.
Ini tentunya memberi berita gembira pada seluruh rakyat yang telah hampir dua tahun dikurung dan menghadapi pelbagai sekatan dalam menjalani kehidupan seharian.
Pada akhir Oktober juga dijangka lebih 80 peratus rakyat di negara sudah lengkap dua dos vaksin.
Kita berharap tidak akan ada lagi gelombang keempat dan kelima yang akan menjejaskan perancangan negara untuk kembali normal.
Sektor perniagaan, pelancongan dan sebagainya telah mengalami kesan yang amat teruk. Dan ia memerlukan masa untuk pulih seperti sediakala.
Begitu juga bagi mereka yang mempunyai berbagai urusan diluar negara sudah pasti tidak sabar lagi untuk keluar negeri. Mereka yang mempunyai pasangan suami/isteri diluar negara, para pelajar, para peniaga yang menguruskan perniagaan mereka dan lain-lain menanti saat pembukaan sempadan dengan penuh harapan.
Kerajaan diharap dapat merancang exit plan ini dengan berhati-hati agar ia mencapai sasaran yang ditetapkan.
Sudah cukup dua tahun kita berhadapan dengan pandemik ini. Kita perlu melangkah kehadapan demi kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara.
Selasa, 31 Ogos 2021
Menteri Cap Ayam Dah Mula Dah!!
Ahad, 29 Ogos 2021
Ismail Sabri Perdana Menteri Bukan Presiden Parti
Ini pertama kali dalam sejarah negara seorang Perdana Menteri bukan Ketua atau Presiden sebuah parti.
Ismail Sabri Yaakob adalah Naib Presiden Umno paling kanan diantara tiga Naib Presiden.
Dalam hieraki parti jawatan Naib Presiden berada kedudukan ketiga selepas Presiden dan Timbalan Presiden.
Sebelum ini semua Perdana Menteri adalah merangkap Presiden Umno.
Semasa Pakatan Harapan berkuasa, Dr Mahathir sebagai PM adalah Pengerusi parti Bersatu. Presiden Bersatu ialah Muhyiddin Yassin. Ketika itu Pengerusi Bersatu lebih berkuasa daripada Presiden. Pengerusi adalah nombor satu. Presiden nombor dua.
Namun kini jawatan Pengerusi Bersatu telah dimansuhkan. Presiden yang berkuasa.
Kembali pada Ismail Sabri sebagai PM 9 dan orang nombor satu dalam kerajaan. Bila Ismail menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, dia bukan lagi boss atau orang nombor satu dalam parti.
Yang jadi boss Ismail Sabri dalam mesyuarat MKT adalah Presiden parti Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Mohamad Hasan.
Ertinya, Ismail yang berada barisan ketiga hieraki parti kena akur dua orang lagi yang berada lebih tinggi kedudukannya.
Jadi dalam mesyuarat MKT Umno, Zahid dan Mat Hasan adalah boss Ismail Sabri.
Ismail Sabri hanya boss dalam kerajaan pusat. Namun sistem politik di Malaysia sejak merdeka adalah parti menguasai kerajaan. Bukan kerajaan menguasai parti.
Kerajaan boleh tumbang kerana parti. Kerajaan terbentuk hasil sokongan parti.
Nampaknya, inilah dilema dan konflik yang akan dan sedang dihadapi Ismail Sabri.
Sebagai PM yang disokong parti mesti ikut kemahuan parti. Ismail tidak boleh ikut suka hati dia dalam menjalankan tugasnya sebagai PM. Dia bukan ketua parti. Dia barisan nombor tiga.
Ini lah dilema dan masalahnya.
Yang paling jelas Ismail tidak sehaluan dengan Zahid Hamidi. Ini jelas terbukti semasa Muhyiddin sebagai PM. Ada percanggahan pendirian waktu itu mengenai isu sokongan terhadap Muhyiddin.
Suasana akan lebih keruh dengan majoriti menteri Umno yang dilantik dalam kabinet terdiri daripada mereka yang tidak sehaluan dengan Zahid Hamidi. Tambahan pula mereka semua bukan ahli MKT Umno. Seperti, Hisham, Khairy, Annuar Musa dan beberapa orang lagi. Namun mereka adalah menteri penuh dan memegang portfolio penting.
Sekiranya Ismail Sabri dan orang-orangnya lebih menumpu soal politiking dan survival politik masing-masing dan tidak fokus pada agenda utama iaitu isu kesihatan dan pemulihan ekonomi negara, maka yang akan menjadi mangsa adalah rakyat.
Tetapi saya melihat banyak masalah dan halangan di hadapan Ismail Sabri. Itu pun sekiranya dia licik dan bijak dalam percaturan politiknya.
Pokok masalahnya dia Perdana Menteri. Tetapi dia bukan Presiden dan Ketua Parti. Dia ada dua orang lagi lebih tinggi daripada kedudukannya.
Kecuali Ismail Sabri ambil keputusan nekad langgar sahaja dua orang bossnya itu. Khalas..!!
Rabu, 25 Ogos 2021
Kabinet Ismail Sabri Sebagai Petunjuk
Ada sebahagian rakyat tidak menaruh keyakinan besar terhadap kemampuan PM 9 Ismail Sabri Yaakob memimpin negara. Yang memberi kepercayaan besar terhadap Ismail Sabri adalah 114 ahli wakil rakyat di Parlimen.
Saya sendiri secara peribadi hanya 50 - 50 percaya akan kemampuan dan kecekapan Ismail sebagai PM9.
Kerana sebelum ini sejarah dan latarbelakangnya sebagai ahli politik tidak begitu menyerlah. Yang paling menonjol adalah kegagalannya sebagai menteri dalam isu Mara Digital yang lingkup.
Namun begitu biarlah kita bersangka baik mudah-mudahan Ismail Sabri dapat membuktikan yang dia seorang pemimpin yang kompeten setelah menduduki kerusi Perdana Menteri.
Bukti awal akan menjadi petunjuk apakah beliau seorang yang serius ingin memulihkan imej negara yang tercalar teruk ialah dengan melihat susunan barisan kabinetnya.
Apakah para menteri kabinet pilihannya terdiri daripada mereka yang tidak tahu membuat kerja dan tidak cekap?? Dan hanya jenis wujud sebagai penumpang dan membazir duit pembayar cukai dengan menerima gaji elaun secara buta?
Atau apakah barisan kabinetnya dibarisi mereka yang cekap, pintar dan bersih dalam menunaikan tanggungjawabnya?
Kalau Ismail bijak dia perlu masukkan beberapa orang profesional dan teknokrat dalam kabinetnya. Tidak semestinya semua ahli politik. Sebab ramai orang politik kaki auta dan tidak pandai buat kerja. Cakap sahaja lebih dan hanya mengejar populariti.
Semuanya terletak ditangan Ismail Sabri. Apakah dia akan ulangi kesilapan Mahiaddin yang melantik barisan kabinet yang terlalu besar malah tidak berfungsi langsung sehingga menimbulkan rasa muak rakyat.
Kesimpulannya mudah sahaja. Barisan kabinet PM 9 Ismail Sabri nanti dapat memberi petunjuk dan petanda pada rakyat ke arah mana dia ingin membawa negara seterusnya.
Apakah kita akan ada perubahan dan peningkatan atau kita akan semakin tergelunsur ke bawah dan terus masuk longkang !!
Semuanya terserah pada Pak Mail.
Ahad, 22 Ogos 2021
PM 9 Ismail Sabri Perlu Berhati-Hati
Kini perhatian terhadap PM ke 9 Ismail Sabri Yaakob - susunan barisan kabinetnya. Apakah sama dengan barisan kabinet Mahiaddin yang begitu besar dan dibarisi para menteri " dead wood" ? Kayu mati!!
Belum apa lagi netizen telah mencadangkan agar Khairy Jamaludin dikekalkan kerana prestasinya yang mendapat pujian ramai. Dia buat kerja !! Tidak seperti yang lain lebih banyak " tidoq".
Khairy perlu meneruskan kerja-kerjanya sebagai Menteri Penyelaras program vaksinasi negara yang kini menuju sasaran lebih 80 peratus imuniti kelompok.
Satu lagi pesanan pada PM 9 jangan ulangi kesilapan Mahiaddin yang melantik dan mengekalkan mereka yang tidak efektif. Terutamanya suka sangat melantik Penasihat bertaraf menteri bla, bla, bla....yang akhirnya membazir wang rakyat.
Kabinet tidak perlu besar. Jumlah kecil tetapi efektif dan kompeten.
Kalau lah saya berkuasa, saya akan pastikan bekas-bekas menteri seperti menteri Agama, Komunikasi, Kesihatan dan Menteri Wanita dan Keluarga tidak diberi tempat dalam barisan kabinet baru. Sudah menjadi rahsia umum bagaimana prestasi mereka sebelum ini. Yilek..!!
Apa pun bekas Menteri Kesihatan seorang yang agak bertungkus lumus bekerja namun beliau tidak mencapai KPI yang dimahukan. Rakyat memerlukan seorang menteri yang lebih cekap.
Ismail Sabri perlu berhati-hati dalam tindakannya. Rakyat memerhati. Sekiranya salah langkah bukan mustahil negara akan mencatat sejarah bertukar Perdana Menteri kali ketiga dalam masa tiga tahun!! Nauzubillah!!
Jumaat, 6 Ogos 2021
Mahiaddin Yassin Tidak Kompeten
Saya tidak faham apa perlunya Perdana Menteri, Mahiaddin Yassin melantik Ahmad Faizal Azumu sebagai Penasihat Khas PM bertaraf Menteri.
Faizal bekas MB Perak yang juga Timbalan Presiden Bersatu. Apa keistimewaannya yang menjadi faktor perlantikkan tersebut??
Sekiranya dia seorang saintis ke, profesor ekonomi ke, Doktor Falsampah ke, boleh lah juga dipertimbangkan.
Tetapi Faizal hanyalah seorang wakil rakyat dan ahli politik biasa-biasa. Tidak ada apa yang " meluarbiasakan".
Nampaknya, PM tidak ada kerja lain hendak dibuat selain buat perlantikkan di situ di sana. Dah berapa orang Penasihat PM sekarang? Yang jelas bertambah lah lagi bajet kerajaan membayar gaji dan elaun yang boleh mencecah puluhan ribu sebulan.
Walau pun PM suka buat kerja melantik orang itu, orang ini dalam berbagai jawatan namun prestasi beliau sebagai PM tidak secekap mana. Jelas Mahiaddin adalah seorang yang tidak kompeten.
Bukan dia sahaja tidak kompeten, malah seluruh menteri kabinetnya terdiri dari mereka yang tidak kompeten dalam melaksanakan tugas sebagai menteri. Terkecuali seorang menteri yang boleh dianggap sebagai cekap dan bijak iaitu Khairy Jamaluddin.
Khairy bukan sahaja kompeten dengan tugasnya tetapi memahami dan mampu menjawab persoalan daripada sesiapa sahaja berkaitan dengan tanggungjawabnya. Ini baru standard menteri kabinet.
Bukan macam PM. Selepas buat ucapan di Parlimen terus balik ke rumah dan tidak hadir di Parlimen selama tiga hari berturut-turut.
Yang kena hentam dan diasak oleh pihak pembangkang hanyalah menteri-menteri kabinet bertaraf badut. PM yang berani dan cerdik duduk bersembunyi di rumah. Cantik!!
Inilah pemimpin yang banyak dikelilingi penasihat!!
Lagi pun apa keperluan melantik Faizal menjadi Penasihat Khas PM bertaraf menteri pula sedangkan Faizal adalah Timbalannya dalam parti Bersatu.
Kalau PM ada urusan penting dan perlu nasihat dia boleh sahaja telepon atau whatsapp Faizal bila-bila masa. Faizal kan Timbalan Presiden Bersatu?? Dia hendak berbisik pun boleh. Apa halangan dan masalah besarnya??
Faizal bukan Zahid Komedi atau Najib Bossku yang menjadi seterunya.
Adoi...memang Mahiaddin tidak ada apa hendak buat lagi dah. Asyik buat perlantikkan sahaja.
Kes Covid pun dah lebih satu juta. Bukan mustahil kes akan mencecah dua juta menjelang September. Kes mati pun terus meningkat sehingga tiga angka sehari.
Negara tidak perlu Penasihat Khas. Negara dan rakyat memerlukan seorang PM yang kompeten, pro aktif dan bukan pasif dalam mengurus hala tuju negara agar dapat keluar dari pandemik covid 19 secepat mungkin.
Ahad, 1 Ogos 2021
Tan Sri, Its Time To Go
Hallo, Mahiaddin.
Bila nak buat live di tv baca perutusan? Boleh citer pasal Mak Cik Kiah dan Pak Salleh.
Tidah usah terus berdiam diri. Seperti orang bersembunyi dalam gua.
Tampil lah ke hadapan umum bersemuka, berhujah seperti sifatnya seorang pemimpin.
Sekiranya dalam hati kecil berasa tidak mampu memimpin, bagi sahaja laluan pada orang lain.
Jawatan tidak penting. Yang penting dan mesti diutamakan adalah nasib rakyat dan hala tuju negara.
Sudah cukup lebih 18 bulan peluang diberikan. Cukuplah. Dari tebuk atap, pintu belakang sehingga segala macam PKP sampai ke Darurat.
Tan Sri, its time to go.
Rakyat dah fedap.
Enough is enough.