Sabtu, 7 Jun 2025

Kes Yusuf Rawther : Anwar Ibrahim Silap Strategi

 Kes Yusuf Rawther saman Anwar Ibrahim adalah satu kes simple dan mudah. Tetapi cara Anwar respon kes ini nampak komplikated.

Dia sering tuduh kononnya orang berniat jahat terhadapnya. Kalaulah dia bersih dan tidak bersalah, lawan dan hadap sajalah sekiranya tuduhan tidak berasas.

Apakah dia sedar dia telah mencemar imej jabatan Perdana Menteri dan negara??

Tidak cukup dengan itu dia cuba mengheret rakyat dengan masalah peribadinya.

Kes jijik seperti ini bukan kali pertama. Ini adalah kali ketiga. Kes kedua dia didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjarakan.

Eh ... berapa kali orang fitnah dan konspirasi?

Lawanlah...lawan tetap lawan.

Naga lagi aku lawan inikan cicak mengkarung...Itu ucapan sering disebutnya. Nampaknya cakap lain buat lain.

Saya seronok bila baca kenyataan setiausaha politik PM mengulas keputusan mahkamah tinggi menolak permohonan imuniti Anwar bagi menghalang perbicaraan saman Yusuf.

Katanya, mereka menghormati keputusan tersebut dan menegaskan ini bukti kerajaan tidak campurtangan urusan mahkamah.

Eh...bila masa kerajaan campurtangan kuasa mahkamah?

Boleh bagi contoh kes mana kerajaan campurtangan?

Kes bunuh Datuk Mokhtar Hashim, kes rasuah Datuk Harun Idris, Kes Liwat 1 dan 2, kes 1MDB dan lain-lain. Mahkamah buat keputusan ke peringkat tertinggi. Semuanya melalui proses ikut undang-undang. 

Orang menerima semua keputusan mahkamah. Kecuali mereka yang pentaksub yang suka berguling-guling tepi jalan kerana tidak dapat menerima keputusan.

Namun mungkin terkecuali kes adendum Najib Razak yang kelihatan kerajaan cuba sorok.

Soalan saya mudah, kalau dia kata dia hormat keputusan mahkamah dan kerajaan tidak campurtangan - apakah semua keputusan mahkamah sebelum ini kerajaan tidak campurtangan termasuk kes liwat??

Kalau hanya kes liwat dikatakan kerajaan campurtangan, mana buktinya?

Sila bagi bukti, dokumen,dalil etc, etc...

Jangan cakap kosong dan hanya retorik politik !!



Isnin, 2 Jun 2025

Pemimpin Yang Cakap Lain Buat Lain

 Tidak ada dalam dunia seorang Perdana Menteri yang masih dalam jawatan menghadapi tindakan saman di mahkamah di atas tuduhan seksual. Ianya hanya berlaku di negara Darul Ketimbang, salah satu negara anggota di Asia Tenggalam.

Yang menariknya kes seksual ini bukanlah kali pertama bahkan entah kali yang ke berapa untuk kesekian kalinya.

Namun si kena tuduh dan para pentaksub menganggap ianya satu konspirasi jahat. Itu sahaja.

Tetapi si mangsa sanggup ke mahkamah untuk menegakkan keadilan. Buat ujian poligraf bagi membuktikan dia tidak menipu.

Si kena tuduh pula yang sering bercakap berdegar-degar dan penuh retorik enggan melakukan ujian poligraf. Malah cuba menghalang dan melengah-lengahkan proses perbicaraan di mahkamah.

Apa pun alasannya nampak dia takut menghadapi perbicaraan terbuka.

Tidak sangka orang yang kelihatan begitu berani bercakap di pentas politik adalah pengecut. Seperti selalu dilaungkannya, berani kerana benar takut kerana salah.

Jelas orang ini cakap lain buat lain.

Podah !!



Jumaat, 27 September 2024

Tubuh RCI Siasat Kes Liwat

 PMX Anwar Ibrahim kecewa kerana masih ada lagi pihak yang membangkitkan kes liwatnya puluh tahun dahulu. Beliau ulang bahawa tuduhan terhadapnya adalah keji dan zalim. 

Justeru itu PMX mengangkat beliau sebagai banduan terhormat. 

Saya secara peribadi mengikuti kes beliau di mahkamah sejak 1999 pada zaman Dr Mahathir sehingga kes liwat pada zaman Najib Razak sebagai Perdana Menteri - mendapati keputusan mahkamah tidak boleh disanggah. 

Sehingga hari ini setelah 25 tahun kes tersebut muktamad tidak ada sebarang bukti, dalil atau apa-apa siasatan pihak polis menerangkan bahawa tuduhan terhadap banduan terhormat itu adalah satu konspirasi atau satu pengkhianatan.

Tidak ada hitam putih mengesahkan atau membuktikan ada konspirasi jahat membuat pertuduhan keji tersebut terhadap banduan terhormat. 

Yang kita dengar hanyalah ucapan-ucapan retorik politik di atas pentas. Dan sanggahan daripada mereka yang terlalu taksub sehingga tidak dapat menerima kenyataan. Kesemuanya datang dari luar mahkamah dan undang-undang. 

Apakah kita perlu menerima retorik politik atau hakim mahkamah yang membuat keputusan? 

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamed dalam hujah bertulisnya ada menegaskan kejadian liwat memang berlaku. 

Ini bukan kenyataan saya. Tetapi hujah bertulis Tun Hamid ketika membaca keputusan mahkamah rayuan. Sila pergi ke Encik Google untuk kepastian. Dan Tun Hamid masih hidup lagi. 

Kalau Tun Hamid menipu atau hakim-hakim lain berkonspirasi melakukan kerja keji maka banduan terhormat wajib mengambil tindakan segera bagi membersihkan namanya yang tercemar serta menegakkan keadilan. 


Bekas Ketua Hakim Negara (2007 - 2008) Tun Abdul Hamid Mohamad


Mereka yang berkonspirasi masih ramai yang belum mati lagi. Sila ambil tindakan. 

Saya ulang.... Berani kerana benar. Kenapa takut? 

Paling cantik jika kerajaan Madani menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) bagi mencungkil apa sebenarnya yang berlaku dalam kes liwat yang dikatakan satu konspirasi. 

Saya percaya dan yakin masih ramai yang menolak teori konspirasi tersebut. Kalau ia benar satu konspirasi, mana buktinya? Tidak ada seorang pun ditangkap polis dan dihukum. 

Yang dikatakan bapa konspirasi itu adalah Atok tua saka. Tetapi dia masih hidup. Tangkaplah bawa ke mahkamah. 

Jangan asyik main politik dengan pidato yang berapi. 

Bagi mereka yang taksub ok lah. 

Namun bagi mereka yang mahu hujah dan fakta agak sukar sedikit untuk menerima naratif yang dibawa ahli politik. 

Hakim dan mahkamah adalah dua institusi tertinggi. Sekiranya kita menolak kredibiliti keduanya samalah seperti kita mengamalkan sistem anarki. Ertinya tidak payah ada hakim dan mahkamah. Khalas. 




Khamis, 11 Julai 2024

Speaker Parlimen Yang Tidak Kompeten

 Dalam sejarah parlimen di negara ini saya belum lihat seorang Tuan Speaker kelihatan seperti orang bodoh macam Pak Dogol. Sungguh memalukan. 

Bukan rakyat sahaja yang malu malah orang luar pun ketawakan. Ini standard Speaker Parlimen kita. Memang low class. 

Sebelum ini sudah banyak kali Speaker ini gagal mengawal dewan. Malah acap kali disekolahkan pula oleh para wakil pembangkang dalam perbahasan. 

Yang terbaru keputusannya mengenai status enam ahli Bersatu yang tidak perlu mengosongkan kerusi setelah gugur sebagai ahli. 




Inilah kemuncak sikap Speaker yang di luar tabii. Dia tidak menjalankan tugasnya dengan betul dan amanah.  Sedangkan undang-undang parti dan perlembagaan amat jelas. 

Speaker telah bertindak melampaui kuasanya dan bersifat songsang. 

Tugas Speaker adalah mengikut undang-undang dan perlembagaan bukannya mentafsir ikut selera parti yang dianutinya. 

Hanya Hakim mahkamah yang mentafsir undang-undang bukan Speaker. 

Tugas Speaker memastikan peraturan diikuti dan dilaksanakan. Bukannya mentafsir secara songsang kerana kepentingan sesuatu pihak. 

Apa pun tahniah lah PMX Anwar kerana melantik Speaker yang low class tersebut. Yang dilantik low class dan yang melantik adalah dua kali low class.

Pastinya lantikkan PMX ini bukan untuk kepentingan negara dan rakyat tetapi demi muslihat untuk mengekalkan kuasa dan kedudukan. 

Sekali lagi tahniah di atas segala janji-janji reformasi. Reformasi telah mati. 

Apa yang terus membara adalah nafsu serakah dan penipuan untuk terus kekalkan kuasa. 

Jangan lupa PMX, parti kamu tidak pernah diberi mandat oleh rakyat. Parti kamu hanya menang 31 kerusi dari 222 kerusi dalam parlimen. 

Kamu hanya diberi mandat oleh YDP Agong setelah parlimen tergantung. 

Jangan angkuh dan sombong. 

Beri khidmat pada rakyat bukan menyusahkan rakyat. Bertindak mengikut undang-undang bukan kerana kepentingan gerombolan kamu sahaja. 

Pada PMX jangan jadi seperti "Chameleons" - sejenis binatang yang akan bertukar warna kulitnya mengikut keadaan. 

Akhir sekali pesanan untuk PMX - tukar sahaja lah Speaker Parlimen sekarang dengan calon lain yang nampak lebih cerdik dan berwibawa. 

Isnin, 22 April 2024

Tun Musa Hitam Pemimpin Berprinsip

 PM Anwar Ibrahim meraikan hari ulang tahun Tun Musa Hitam ke 90 dalam satu majlis yang diadakan di Johor baru-baru ini. 

Tun Musa Hitam adalah bekas Timbalan Perdana Menteri dari 1981 - 1986. Beliau diiktiraf sebagai negarawan dan seorang ahli politik yang berprinsip dan berintegriti. 


Tun Musa Hitam


Tun Musa adalah TPM pertama Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Beliau tidak dipecat dari jawatan TPM tetapi meletakkan jawatannya kerana tidak bersefahaman dengan Dr Mahathir dalam banyak perkara. 

Pada zaman Tun Razak ramai penganalisa meramalkan Tun Musa adalah antara calon berpotensi menjadi PM masa depan. Mereka mengira Tun Musa adalah seorang yang pintar.

Menurut Lim Kit Siang, Tun Musa adalah TPM yang terbaik dan negara terlepas peluang mempunyai seorang PM seperti Tun Musa. 




Tun Musa dilantik sebagai TPM pada 1981. Manakala Anwar Ibrahim masuk Umno dan menyertai kabinet kerajaan pada 1982. Sebelum itu Anwar adalah pemimpin belia yang popular dalam dan luar negeri. 

Dengan ikut sertanya Anwar dalam Umno dan kerajaan ia menimbulkan suasana seolah Anwar menjadi saingan Tun Musa sebagai pemimpin barisan depan negara. 

Tun Musa pada awalnya kelihatan tidak selesa dan melihat dari sudut politik - kemasukkan Anwar dalam Umno dan kerajaan sebagai satu ancaman dan saingan pada kedudukkanya sebagai TPM.

Bagi Dr Mahathir pula kehadiran Anwar penting bagi menghadapi pengaruh parti Pas kerana Anwar mempunyai imej pemimpin Islam yang popular melalui pertubuhan yang diasaskannya iaitu ABIM. 

Pernah satu ketika Anwar sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam kabinet Mahathir telah ditukar portfolio menjadi Menteri Pertanian dalam satu rombakan kabinet. 

Ramai penganalisa politik mengira ia satu keputusan turun pangkat terhadap Anwar. Kerana kementerian pertanian dianggap kurang berpengaruh jika dibandingkan dengan kementerian Belia dan Sukan. 

Anwar pula ketika itu begitu popular dikalangan para pemuda yang menjadi aset penting dalam dan luar parti. Ertinya ada langkah bagi menyekat pengaruh Anwar dari menjadi semakin kuat hingga ke akar umbi. 

Ada spekulasi ketika itu Dr Mahathir menerima tekanan daripada Tun Musa mengenai kedudukan Anwar dalam rombakan kabinet tersebut. 

Khabarnya Dr Mahathir terpaksa akur kerana Umno Johor lebih kuat jika dibandingkan dengan Umno Kedah. 


Tun Musa bersama Dr Mahathir pada era kemuncak kerajaan 2M


Tidak nampak jelas permusuhan Tun Musa dan Anwar ketika itu kerana Anwar adalah Ketua Pemuda Umno dan belum lagi Naib Presiden parti. Sedangkan Tun Musa adalah Timbalan Presiden. 

Cuma mungkin Tun Musa melihat potensi Anwar mara lebih jauh dalam hiraki parti. Dan ketika itu Anwar pula adalah penyokong kuat dan setia Dr Mahathir. Manakala hubungan Tun Musa dan Dr Mahathir mulai masam-masam manis. Ertinya hubungan itu sudah mulai retak. 

Sudah menjadi rahsia umum hubungan Tun Musa dan Dr Mahathir sehingga sekarang tidak pernah pulih. Mungkin Tun Musa masih berkecil hati dengan sikap Dr Mahathir terhadapnya dalam hal-hal politik. Sebenarnya perselisehan mereka berdua lebih pada tindakan-tindakan politik masa lampau yang mungkin payah untuk dilupakan begitu sahaja. Ia telah menjadi sejarah. 

Tun Musa pernah memberitahu sekiranya beliau tidak meletakkan jawatan sebagai TPM kemungkinan beliau akan menghadapi masalah yang sama yang menimpa Anwar Ibrahim pada 1998.

Ertinya Tun Musa sudah dapat membaca masa depan politiknya jika terus menghadapi Dr Mahathir dalam politik nasional dan Umno khususnya. Lebih baik beliau berundur diri. 

Sudah banyak kali Tun Musa berkata pada para media bahawa beliau tidak percaya pada Dr Mahathir. 

Namun kini selepas lebih 40 tahun berlalu Tun Musa diraikan dengan penuh hormat daripada Anwar Ibrahim yang ditakdirkan telah menjadi Perdana Menteri ke 10.

Anwar dahulu adalah orang kuat Dr Mahathir. Maknanya ketika berlaku krisis hubungan Mahathir - Musa, Anwar berdiri kukuh dibelakang Dr Mahathir. 

Tetapi kini ditakdirkan Tun Musa dan Anwar berada digaris yang sama dan menghadapi masalah yang sama ketika menjadi TPM pada Dr Mahathir. Mungkin cabaran dihadapi Anwar itu lebih perit lantaran beliau enggan letak jawatan. Berlainan dengan Tun Musa yang memilih jalan dengan mengundur diri. 

Seperti kata Lim Kit Siang, negara terlepas peluang untuk mempunyai seorang Perdana Menteri yang berkarismatik seperti Tun Musa Hitam. 

Majlis yang diraikan oleh PM Anwar sempena ulangtahunnya ke 90 menggambarkan pengiktirafan negara terhadap Tun Musa Hitam sebagai salah seorang negarawan terbilang. 








 



Isnin, 1 April 2024

Oh Melayu...

Nama Melayu

Cakap Melayu

Bangga dengan Melayu dan sejarah Melayu. 

Dalam politik bukan main lagi angkat Melayu.

Tapi... 

Budaya dah jadi Arab bukan Melayu. 

Pakaian dah jadi Arab bukan Melayu. 

Bahasa dah banyak Arab bukan Melayu. 

Ini jenis Melayu apa? Lupa asal usul. 

Kalau nak jadi Arab boleh pergi ke Tanah Arab. 


Loading...