Ahad, 4 Januari 2015

Presiden Nigeria tidak serius memerangi Boko Haram

BERITA terbaru di Nigeria, kumpulan militan dan pelampau Islam Boko Haram telah menculik lebih 40 orang kanak-kanak dan remaja lelaki. Kesemua mereka telah dibawa ke dalam hutan.

Ini adalah beberapa siri penculikan yang telah pun berlaku berkali-kali sebelum ini. Mangsa mereka kebanyakannya adalah terdiri dari kanak-kanak dan remaja.
Boko Haram

Boko Haram mengistiharkan gerakannya sebagai kumpulan memperjuangkan Islam dan bercita-cita menegakkan hukum syariah di Nigeria yang terdiri dari majoriti beragama Kristian.

Agensi berita satelit antarabangsa, Al Jazeera pernah melaporkan Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan yang beragama Kristian tidak serius dan bersungguh-sungguh dalam usahanya memerangi Boko Haram.
Presiden Goodluck Jonathan

Dalam banyak serangan dan insiden yang berlaku memperlihatkan angkatan tentera kerajaan tidak dapat mengatasi tindakan keganasan yang dilakukan Boko Haram.

Sementelahan kebanyakan mangsa-mangsa Boko Haram itu terdiri dari kalangan beragama Islam yang enggan memberi sokongan terhadap kumpulan itu.

Adakah ini antara faktor Goodluck Jonathan tidak mempunyai komitmen tinggi dalam memerangi kumpulan Boko Haram ?

Boko Haram menentang dan menolak apa sahaja dari Barat dan menganggapnya sebagai haram.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan