Selasa, 2 April 2013

Bin Halabi Press: Percetakan Quran Terbesar di Asia Tenggara


PATTANI salah sebuah empat wilayah di selatan Thailand yang terdiri dari majoriti umat
Islam. Sejarah mengisahkan di sini lahir ramainya alim ulama yang termasyhur seperti Sheikh
Daud Al Fattani yang mengarang kitab Furul Al Masai. Kitab lama ini masih digunakan sebagai bahan
pengajian diseluruh pondok negara ini dan Nusantara .


Di Pattani juga mungkin ramai yang tidak mengetahui adanya sebuah kilang percetakan Al Quran yang terbesar di Asia Tenggara. Syarikat percetakan itu ialah Bin Halabi Press yang terletak di kawasan Talubo, Muang tidak jauh dari bandar Pattani.



Cawangannya yang baru dibina di daerah Bana


Kilang ini diusahakan sendiri anak melayu watan Pattani yang berketurunan ArabYemen. Bermula dengan
hanya menyewa sebuah lot kedai untuk kerja mencetak lebih kurang 15 tahun dahulu. Kini mempunyai
dua buah kilang terdiri dari 120 orang pekerja. Di Talubo merupakan pusat dan ibupejabat. Dan cawangannya yang baru siap dibina pada hujung tahun lepas terletak di daerah Bana - hanya beberapa kilometer ke pusat bandar. Pelanggan dan pasaran hasil percetakan Bin Halabi Press ini kebanyakannya di Malaysia, malah hingga Brunei, Indonesia dan seluruh Asia Tenggara.

Tumpuan kerja mencetak di sini adalah Kitab Al Quran, buku-buku agama dan paling banyak ialah kitab-kitab lama yang digunakan sebagai pengajian di institusi pondok. Kitab-kitab lama ini ada yang sudah berusia 300 tahun, malah ada juga yang sampai 1000 tahun.






Mesin 5 warna CYMKS


Antara yang sering diulang cetak seperti kitab karangan Imam Ghazali; MinhajulAbideen, Siarussalikin,Riyadhus Solihin,Sirajul Tolibin dan lain-lain lagi. Kitab Furul Al Masai karangan Sheikh Daud Al Fattani adalah antara kitab yang paling banyak dicetak untuk dipasarkan.

Ada dua syarikat penerbitan terbesar di Malaysia seperti Syarikat Jahabersa, Johor dan Syarikat Jaffar Rawas, Kelantan mempunyai hubungan kerjasama erat dengan Bin Halabi Press dalam menerbit dan memasarkan kitab Al Quran dan kitab-kitab agama di seluruh Malaysia. 






Mesin Offset
                                                                     


Menurut jurucakap kilang ini, Bin Halabi Press kini sedang mengorak langkah untuk memperbesarkan lagi perusahaannya dengan merancang untuk mengambil alih sebuah kilang percetakan yang terkenal di Bangkok. Katanya syarikat tersebut kini sedang mengalami masalah kewangan dan dalam proses tindakan mahkamah.


Susunan kertas sebelum dijilid

Justeru itu perundingan kini sedang berjalan bagi membolehkan Bin Halabi Press mengambil alih syarikat yang bermasalah itu. Khabarnya, syarikat tersebut mempunyai lebih kurang 200 pekerja dan tidak mampu lagi untuk meneruskannya. Sekiranya usaha pengambil alihan ini berjaya, Bin Halabi akan menjadi sebuah perusahaan dan konglomerat yang dimiliki orang Islam yang disegani di rantau ini.


Rak buku diruang pejabat





Tiada ulasan:

Catat Ulasan